mereka membaca dan mengikuti, anda??

PAKCIK COWBOY MALAYA

Tajuk karangan ini bertajuk "Pakcik itu sangat hebat,macam cowboy"


Pukul 8pagi


"Okey,sekarang kita akan bergerak ke jeti untuk menaiki bot memandangkan kita tidak boleh menaikinya melalui jalan darat apetah lagi melalui jalan udara",kata seorang lecturer pengiring trip pulau perhentian kitorang.


Dengan cekap dan pantas,ktorang menjawab,"Baiklah wahai lecturer yang mengiring".


Bergerak lah aku beserta rakyat-rakyat yang lain dari tempat bas ke jeti tersebut yang memakan masa selama 1 min dengan menaiki basikal dan 2 min nak masuk 3min sipi-sipi bagi yang tidak berkemampuan yang hanya berjalan kaki.


"Okey,kita sekarang terpaksa menunggu bot untuk ke pulau memandangkan kita tidak boleh menaiki kereta apetah lagi dengan menyewa beca untuk ke sana",kata lecturer pengiring itu lagi.


Sekali lagi kitorang menjawab dengan patuh tanpa sebarang bantahan,"Baiklah wahai lecturer yang mengiring".


Tiba-tiba ada la sorang ne merangkap marshall kot.Alaa bahagian yang handle hal ehwal balai ketibaan tuh.Bese nye kalau kat airport selalu kita dengar macam anounsment macam ne,

"Ladies and gentleman,Flight of M032 to Miami Island will be depart at 3 pm.To all pasengger,please be ready.Make sure your son and all your equipment with you right now.Tak kuaso den nak cari kalau hilang.Thank you and happy Flying with Congo Airways".


Tapi ne versi jeti yang lain sket bunyinye,


"Okey bot dah sampai,sekarang beratur sebab satu bot boleh bawak 10 orang sahaja bagi yang badan bersaiz normal dan 8 orang jika ada yang kurang bersaiz normal.Dapatkan jaket keselamatan memandangkan takde orang nak selamatkan korang kalau bot terbalik sebab mengikut sejarah,terbanyak 23 kes setahun bot terbalik dan anak-anak bot semuanya pulang ke Rahmatullah kerana dijadikan makanan ikan jerung putih,ikan jerung kelabu,ikan jerung Oren belang-belang mahupun sotong.Okey selamat berlayar bersama kami di sini,Kelabu's bot dan terima kasih",begitulah kata marshall tersebut dengan penuh kepsiko-an.



"owh,ne ker drivernye??",seiring aku berkata sambil memandang seorang Pakcik ne.



"Okey,kite nak gerak dah ne",kata pakcik tersebut sambil bot yang bergerak agak perlahan.sangat perlahan.Serius memang perlahan.Perlahan sesangat.OKEYY!!PERLAHAN..fullstop



Dalam gerak hati, seraya aku berkata,"kalau macam ini bila la nak sampainya wahai pakcik yang terhormat??Sila menjawab pertanyaan ini..Adoi.".



Bergeraklah bot beliau dengan aku dapat merasakan Pakcik ne membawa dalam linkungan 20km/j.Macam time nak amek test JPJ.Ne kalau masuk pertandingan merangkak yang tiap-tiap tahun diorganizer oleh Pergerakan bayi-bayi merangkak malaysia,kompirm kalah pakcik ne.BOoo..Tak malu kalah dengan bayi.



Nak kate ribut,takdek plak apetah lagi Tsunami malahan Gunung berapi lagik la takdek.Ntah macam mana serta merta daya pengimbangan badan berpusatkan Pusat aku merasakan momentum dan daya graviti tidak lagi mempengaruhi berat ketika itu memandangkan bot tuh tetiba mula mengganas bagaikan Arnab merah bergerak memang bangkai laju.Memang laju.Serius memang laju.CUKUPP..k MEMANG LAJU..fullstop.



"Pakcik,aku tarik balik apa yang aku cakap tuh,bawalah perlahan..Tolong pakcik..Taknak cakap camtu agik dah..Sumpah.."


Tapi melihatkan Pakcik tuh yang sambil menghisap rokok,aku dapat rasekan beliau seorang sahaja yang mempunyai mentality yang stabil saat itu macam cerita cowboy ketika John Wayne maintain jek naik kuda turun gunung,naik gunung.


"Pakcik,ko memang cowboy malaya lah",kata aku sambil berpaut erat dekat satu besi di atas bot beliau itu.








...........................................................................................................................................................................

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...