mereka membaca dan mengikuti, anda??

MAK KATE TAK BAIK MAKAN PISANG SORANG-SORANG

video ne diminta terus dari henchik azie secara terang-terangan tanpa segan dan megan.hamik ko azie.haha.






video

CERITA HANTU KAMPUNG PISANG

Di sebuah tempat,terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sepokok Pisang.Nama kampung tersebut dipilih sempena sebatang pokok pisang yang dipercayai menjadi port hantu-hantu oleh Persatuan Hantu dan Makhluk Halus Asia Tenggara(PHMHAT) untuk bersidang bagi perancangan bajet untuk tahun-tahun yang akan datang.


Apabila tiba sahaja waktu dan ketika mereka bersidang,maka kampung sepokok pisang menjadi tidak tenteram pada waktu itu.Ada sahaja kes-kes yang kurang sedap memandang dan sebagai contohnya hilangnya kanak-kanak perempuan dan anak-anak dara sunti yang berada di kampung tersebut selalu sahaja menjerit-jerit di waktu malam bagaikan mereka baru sahaja ternampak Anuar Zain yang hanya memakai boxer datang melawat kampung mereka.
Ketua kampung tersebut,Tok K,merasakan beliau memang patut membuat sesuatu kerana keadaan itu semakin menjadi-jadi semenjak menunggu countdown raya Thaipusam ini.Lalu beliau menawarkan RM1000 sertas pakej perlancongan ke Bali selama 4hari 3malam kepada barang siapa yang dapat menghalau hantu-hantu tersebut.


Maka datanglah bomoh-bomoh serta dukun-dukun yang ingin mencuba nasib mereka.Satu demi satu salah seorang mereka mengaku kalah dan pulang tanpa membawa pulang apa-apa wang tunai.Inilah realitinya.Bukannya senang untuk menghalau hantu-hantu tersebut.


“Oh,apa rahsia kemenangan anda?”,tanya seorang wartawan kepada salah seorang hantu.

“Saya minum kacip fatimah.Rahsia untuk muda terasa lebih muda”,kata hantu tersebut.



Nota Bawah Kaki:Aku pun blur ngan cerita ne.Hm.Makan limau dulu la

MAK,LAGU NE SANGAT SEDAP.BOLEH MAKAN TAK?

tak bagus jugak kalau nak asyik nak marah jer tiap hari.Bagi yang suke marah ngah panas-panas patut tengok video ne.Bagi tenang sket hati tuh.





video

KERETA VOLVO VERSUS PROTON EXORA

Siapa cakap pemanduan orang perempuan tidak sempurna dan tidak berkesan sila angkat tangan.Saya nak tengok kehadiran hari ini.

Tetttt...

Hari ini hari jumaat.Selepas sembahyang jumaat,lepas makan semua mengikut perancangan, aku akan menjadi rider untuk pemanduan ke SM Sains Dungun(LOKASI:Dungun,Terengganu),tempat adik henchik ikang yang sedang menuntut ilmu memanjat pokok kelapa di sana.


Dalam pukul 3 petang,gerak.Memang mula-mula xdek masalah langsung sampailah kat traffic light kat depan sekolah cina kat depan mahkamah(LOKASI,K.Terengganu,Terengganu),yang duduk kat sini tahu la kot.Lorong kat traffic light tuh ada 3.Yang paling sebelah kiri dan tengah memang pemandu yang nak pergi masuk jalan ke depan.Tapi lorong yang paling kanan tuh memang untuk buat U-Turn.

Lampu hijau.Gerak la kan.Dengan masih mengekalkan 3 lorong,100m depan ada 1 lorong sebelah kanan untuk belok ke kiri.Ntah macam mana,volvo emas cikai puk*mak,no plate DG 8000(hamik ngko),tetiba jek nak masuk line tengah.(Masa tuh Aku pakai line tengah).Dah la aku ngah speeding time tuh,beliau yang bangau ne pun speeding jugak.Bodoh.Dah la salah masuk lorong pastu nak masuk pakat masuk jerk.Signal tak bagi.Memang kereta time aku bawak tuh memang dah kena himpit bodoh dengan Volvo ne.Jadi aku memang patut masuk lorong paling kiri tuh.Mujur xdek kenderaan lain.Tapi ada Motor ngah bawak awek die kat lorong tuh.Memang terpaksa beb.Sebab bangau ne.Kat depan traffic light yang lain,yang rider motor ne tengok jer.”sori bro,ada bangau yang macam puk*mak”.



Nota Bawah Kaki:Kepada yang tengah amek lesen,gud luck.Jadilah Pemandu yang berhemah.Boikot DG8000!!


Nota lagik:Bukan semer pompuan tau.

MIMPI DONAT PUN BAGUS JUGAK

Adalah satu petang tuh,aku pergi main futsal.Ntah tak tahu pula kat mane.Aku tak ingat plak aku main tak hari tuh.Untuk jadikan cerita,aku nak balik la.Yer r,takkan nak berkhemah plak kat situ?Apekah kirenya ada rumah tapi duduk di luar rumah(ini falsafah dari Dr John Conner).Sebelum ape-ape,ni hah nak bagitahu.Time aku dalam mimpi tu kereta buddy aku ialah SATRIA NEO warna jingga bukannlah PROTON SAGA(new edition) yang warna hitam tuh.Time nak balik tuh,aku pergilah kat parking kat luar. Ntah macam mana,tak jumpa seh buddy.Hilang.Cari bukan main cari last-last,

Henchik ikang:Bodohla.Aku parking kat dalam la.(ceh)

Aku naik balik la nak pergi kat tempat parking tuh.Aku nampak Sayap(member kat Matrix,agak rapat kot-watak 1) ngah senyum-senyum atas motor.Ntah tengah angau apa mamat ne.Tanpa menghiraukan halangan seperti itu,aku terus mengkontinue ke arah buddy.Sebelah tempat parking tuh,ada plak yang tengah main futsal.Mungkin sebab mereka tak puas main kat dalam.Memang btoi hantu bola la.

Sesampainya kat kereta,aku tengok pintu sebelah kiri depan ngan belakang terbukak.Aku tengok Shahrul(member time sekolah rendah,tak rapat-watak 2) ngan Rahimi(member sekolah rendah,tak rapat-watak 3) ngah duduk lam kereta tu.Aku takde la kisah mana.Tapi yang aku amik kisahnya,engkau bayangkan gear engkau jadi rosak,stereng tak boleh pusing kanan.Sedeh seh.Engkau ingat membeli kereta ni macam membeli biskut Rocky yang bersalut coklat tuh ker?Aku menanye la siapa yang buat.Alaa biasala,memang akan kata tak tahu sebab diorang cover member diorang yang buat tuh.Dalam kepala aku time tuh,mana la nak cari bengkel nak baiki pada waktu petang seketika itu.Ne boleh plak si Shahrul ne cakap kat bengkel depan Kolam Air Panas La(jaraknya dari rumah pun dekat 2 jam lebih) sambil gelak.Masa tu,nak jer aku penampar si beliau ne.Tanpa pembantu arah aku nak la keluar dari tempat parking futsal tuh tapi malangnya,jalan nak ke jalan besar tuh kena turun bukit sikit.Tak lepas seh kalau bawak kereta ne sebab aku dah edjaz kereta ne jadi rendah sikit.Budget sporty giler la tuh.Blah la kau henchik ikang yang hebat.

Aku sendiri dapat rasakan memang pemanduan aku time tuh memang macam bangau.Pressure seh.Last-last aku berhentikan kereta kat satu port bangunan lama kat tempat futsal tuh jugak.Aku nampak kamal(member sekolah,rapat-watak 4),Syamir(member kat USM,rapat kot,watak 5),Helmi(member sekolah rendah,dulu rapat,watak 6) ngan Rushdan(member sekolah rendah,dulu rapat,watak 7) ada kat bangunan tu.Time tu aku tanye kat Syamir siapa yang buat tuh.Eyerk r sebab muka Syamir ni macam innocent sket.Takkan la beliau nak tipu aku kot.Pada mulanya memang beliau tak menjawab.Takut kot.Last-last terbukak jugak mulut beliau.Beliau berkate si Folan binti Folan yang rancang.Oh tidak,sahabat aku yang aku sangat percaye bagaikan kalau beliau berkata ada Alien kat kebun Henchik Samad pun akan aku percaya.Serius beb.Aku kata aku nak buat laporan polis.Aku bagaikan tak terkawal time tuh.Geram.Tapi Rushdan tak bagi buat laporan polis sambil tunjuk satu pisau.Dalam kepala aku memang aku fikir aku akan mati hari tuh.Aku nak la cuba meloloskan(penggunaan bahasa sastera yang berkesan) diri ngan naik kat bangunan tuh.Aku tengok semer bahagian bangunan tuh semua sama.Takde jalan keluar.Dengan tak semena-menanya,tetiba aku terbangun dari tidur.Terkejut dengan adegan kejar mengejar tuh.



Nota bawah KAKI:Aku terkeluar air mata lepas bangun tuh.Maafkan aku kalau aku buat salah kat semua terutama member-member yang aku kurang merapati engkau yang khususnya berada di Tadika Kemas Pak tijah(1996),Sekolah Keb Gong badak(1995-2000),Sek Men Kompleks Gong Badak(2001-2003),Sek Men Teknik Terengganu(2004-2005),Matrix johor(2006-2008),USM nagn member tempat kerja The Store Kota Bharu(2005),Mydin Mall(2008).Aku sebenarnya seorang yang senang didekati.

AKU BERADA DI KAKI LIMA SEKARANG

Panas..panas.Oh ini mungkin kerana dosa yang banyak telah aku lakukan.Inikah bahang api neraka?Ya Allah,ampunilah dosa hambamu ini.Mak,ayah,maafkan aku atas apa yang telah aku lakukan kepada kamu.

Tetiba jerk,

Orang 1:Kenapa la bangau sangat mamat ne tak ON kipas?

Henchik ikang:oo.Patutla.

ADAKAH HURUF A SAMA DENGAN HURUF C?

Hari jumaat(selepas abes sembahyang jumaat)

Henchik ikang:Adoi,sakit perut plak.Mujur tak terkeluar time sembahyang.Mampus aku nak ganti sembahyang jumaat ne minggu depan.Mujur tak.Mujur.Mana plak budak kenit ne sorang?

Budak kenit:Nok gi maner ne?macang nok berok jerk.(TRANSLATE:Nak pergi mana ni?Macam nak buang air besar jer?)

Henchik ikang:Perot sakit.Natang saloh makang bende dok ahu.Aku pegi berok betor.Mung gi kat tempat moto dulu.(TRANSLATE:Perut sakit.Tak tahu salah makan apa.Aku pergi buang air kejap.Engkau pergi kat tempat parking motor dulu)

Budak kenit:Cepat r siket.Nok sambung maing game bola tadi(TRANSLATE:Cepat la sikit.Nak sambung main game bola tadi)

Henchik ikang:Eh siapa pulak yang follow aku ne dari belakang ne?Takkan la ada perogol bersiri hari-hari jumaat ne plak?Bodo,jangan la ikut aku.Nak pergi tandas jer kot.Bukan nak keluar duit kat mesin ATM.

Henchik ikang:Weh,bakpenye mung ikut aku ne wei?(TRANSLATE:Wei,asal ko ikut aku pula ne?)

Si beliau:Mung pakai selipar aku r wei.Bengong r.(TRANSLATE:Ko pakai selipar aku la wei.Luncai betoi.)


Nota bawah kaki:Ada sahaja tak kena ngan hidop aku semenjak dua menjak ne.Ne mesti kes terlebih makan kicap.Tobat pasni aku tak makan dah.

KICAP CAP ADABI INI SANGAT SEDAP

Di suatu petang yang dingin

Henchik ikang:Mak,nak keluar kejap.Mengidam nak makan pisang goreng.

Mak:Ne boleh tolong beli kicap tak sekali?Karang nasik ko tak berkicap plak nanti.Amek ne duitnye.

Preng..preng..(Gua gerak dulu)

Henchik ikang:Makcik,tolong bungkus pisang ne ringgit malaysia tiga yerk.

Makcik pisang:Ko ne nak yang dah masak digoreng ker nak buah pisang yang masak?

Henchik ikang: (Eh karang aku fire orang tue ne karang.Nyempat plak buat lawak kampus pada saat dan ketika ini).Bagi yang goreng yerk makcik.

Makcik pisang:Haha.Jadi tak makcik buat ko nak gelak?Makcik pasni tak bukak gerai dah.Pasni makcik nak apply masuk Raja Lawak yang astro tuh.Karang undi makcik tau.

Henchik ikang: Oh eyerk ker?Nanti saya save duit topup untuk vote makcik.(Cehh..Blah la ko wahai makcik.Mujur pisang goreng ne sedap,kalau tak dah lama dah aku overtake gerai beliau ne bukak business berus jamban)

Beberapa minit kemudian,

Henchik ikang: Wei,sape nak layan pisang goreng ne?Sedap bodo

Mak:Mane kicapnye?


Nota bawah Kaki: oh,makcik pisang itu berjaya memukau fikiran aku.Dasyat..dasyat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...