mereka membaca dan mengikuti, anda??

BILA BUDAK MAIN GETAH TETIBA MAIN BOLA SEPAK



32 orang atas ni memang ART. Aku selalu dengar Pak Cho cerita. Semua team diorang dah ratah. Barcelona pun diorang tibai sampai 2. Leyton Orient tu biasa-biasa je bagi diorang. Chelsea pun mainan je bagi diorang. Liverpool tak payah cerita. Cuma T-Team jer diorang belum uji lagi.




"Season 2010/2011 ini kami akan menang 4 piala kerana kami mempunyai pemain yang berkualiti yang telah kami bentuk selama 4 hingga 5 tahun sebelum ini"-Arsene Wenger dalam kenyataan Daily Mail
*kredit pada Google Translate

Tapi menyandarkan harapan kepada sekumpulan budak-budak berkulup samalah seperti menyandarkan kenangan pada sekumpulan pemain-pemain bersejarah.

Ya, kalau Liverpool ialah sandarkan pada kenangan maka Arsenal ialah kelab sandarkan pada harapan.

16 Feb 2011 Champions League Arsenal (2)--Barcelona (1)
8 Mac 2011 Champions League Barcelona (3)--Arsenal (1)---->TERSINGKIR

27 Feb 2011 Final Carling Cup Arsenal (1)--Birmingham(2)----->KALAH

12 Mac 2011 FA cup Manchester United (2)--Arsenal (0)-------->TERSINGKIR

24 April 2011 Premier League (4 games remaining+ 9 point behind Manchester United)
Bolton (2)---Arsenal (1)


Tamat sudah perjuangan.


BULAN APRIL ADA 30 HARI

Di tepi balkoni,

Rakan : wei, engkau tahu tak London banjir sekarang?

Aku: Ahhh..April Fool

Rakan : Engkau tahu tak kuda padi sebenarnya daripada spesis ikan?

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Semalam aku baca paper, harga seluar dalam bakal naik dalam 2,3 hari ini.

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Engkau mesti tak percaya yang ne, Makcik Zainab Kafe tuh nak kahwin lari.HAHA

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Yang ni comfirm betul. Ko mesti tak...(terberhenti)

Aku: Ahhhhh sudah la engkau

Rakan : (cis tak menjadi)

Rakan : Pssstt..wei..psttt..Seluar ko tak tutup zip

Aku: Engkau ingat aku percaye?

Rakan : haha

Aku: Engkau apesal??

Rakan : Zip ko memang tak tertutup pon.

Aku: siot

NASIK LEMAK 50 SEN

Al kisah suatu pagi, ternampaklah juga seorang makcik cleaner telah mula menyapu sampah di perkarangan jalan, seorang pakcik terbongkok-bongkok cuba untuk meniru senaman Tai chi, anjing-anjing masih lagi dibuai mimpi manis, ternampaklah nun jauh di sana kelibat seorang lelaki bersweaterkan baju berjenama Nike sambil memegang di tangannya satu beg plastik dari pusat membeli belah Tesco menuju ke sebuah gerai makan.

"Pakcik, makanan apa sedap sini"

"Ado belako. Tapi biaso ore date raso nasi lemak samah kito"
*semua ada. tapi biasa orang datang rasa nasi lemak 50sen saya

"50 sen jerk??murah syialll"

lalu dengan rakusnya lelaki tersebut mengambil bungkusan nasi lemak yang pertama dan mula menjamah.

"Ahhh pakcik. Apa ni. Lalat..eewwwww.."

"hok aloh demo, nasik lemak 50sen takkan nak bubuh ayam"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...