mereka membaca dan mengikuti, anda??

KEHADIRAN DIRIKU MENGUNDANG TOK JANGGUT DATANG MENYINGGAH

hari ini bertarikh 25 mei 2010

perghh..intro macam sekapur sireh dalam buku teks sejarah tingkatan 2 jer.

Bulan 5 adalah bulan pertengahan tahun.Tapi sebenarnya tak pon sebab satu tahun ada 12 bulan,kalau 12 bulan bahagi 2,jawapannya ialah 6..Yer,bulan 6 adalah bulan pertengahan tahun.Aku naik hairan sebab apa kalau exam masa sekolah kalau buat bulan 5 ne dipanggil exam pertengahan tahun.Heran.heran.

Adik aku belajar matematik.Dia blur.Jadi secara direct jerk dia akan soal aku balik apabila beliau sendiri telah disoal oleh soalan ne.jadi,kesimpulannya,aku yang menjawab persoalan tuh.Paham tak ne??tak paham sudah.


Soalan yang ditanya soalan no 7.Aku baca.

"senang giler kot",kata aku dengan berlagak.

Dengan sewenangnya,soalan itu dapat dijawab dengan adanya jawapan.Jawapannya ialah A dengan jumlahnya ialah 9.

Aku dengan setibanya merenung masa silam aku.Bertapa bengapnya aku kalau menjawab soalan matematik ne suatu ketika dahulu.Serius.Sebab matematik la,aku kena bantai dengan bapak aku pastu kena turun kelas.Sebab apa la sangat.Tak pandai jawab soalan no 5 paper matematik akhir tahun darjah 6 jerk kot.

Kalaulah aku pandai suatu ketika dulu,kompirm aku layan MRSM ngan sekolah Berasmara.hoho.Tak layan la sekolah menengah kebangsaan ne.Tapi realitinya sekolah menengah kebangsaan ne la aku belajar tatabahasa,membuat karangan,mengira darjah kepanasan air mendidih dan jugak belajar mengenal siapa Tok janggut.Tapi aku tak pandai takde la bengap sampai nak ikat tali kasut pon tak tahu.

Mujur aku tak pandai.Kalau pandai,kompirm kot bersaing ngan budak-budak STAR di MRSM nagn sekolah berasmara ne.Tak pandai pastu fail.Lepas fail kena buang.masuk sekolah menengah kebangsaan jugak.sama je kot.hoho.Memang jodoh dengan sekolah menengah kebangsaan jer la.hoho.

sudahlah,baik aku layan PES.Tata.

SEKETIKA DI PERJALANAN DI PAGI HARI

Suatu pagi, aku bangun awal seperti biasa untuk ke tempat praktikal. Perghhh.bagaikan bekerjaya. Aku hidupkan enjin motor.


“oh,sudah keluar matahari ”,aku memandang jam yang menunjukkan pukul 7.30 pagi.


Ehem..ehemm…vroom..vrom..enjin hidup.


Baca doa perjalanan.Mudah-mudahan sampai ke tempat yang di tuju.

Tarik pedal minyak.

Aku bergerak dengan tenangnya.


Sampai satu traffic light,lampu merah.


...

….

“eh bau apa pulak ne?”

“cis ,engkau wahai lori bandaraya. Pantang betol kebauan aku ini diganggu pepagi ini”.



Nota bawah kaki: lori bandaraya=lori sampah berada disebelah aku ketika menunggu angka giliran untuk lampu hijau

ANDA INGAT AFDLIN SYAUKI JERK ADA BIKIN CERITA SETEM?AKU PON ADA JUGAK

Wahhh..cuti hampir bermula.Banyak la pasni undangan orang ajak kahwin.TAK.Maksud aku, orang ajak memeriahkan majlis dengan memakan nasi minyak pastu kita membayar balik dengan menolong membasuh pinggan.Huahua.Sampai sekarang aku pelik kenapa la orang yang nak kahwin ne hantar kad kahwin tak lekatkan setem.

Bercerita pasal setem,teringat suatu ketika dahulu.

Zuppp..zuppp...zuppp..(time machine dihidupkan)

Pada suatu hari,masa tuh aku hanyalah sebaya 4 atau 5 tahun.Tak akil baligh lagik.Alaa waktu ketika permainan Tora tuh memang hangat dipasaran.Bak kata seorang member aku pada ketika itu,"tak remajalah engkau kalau tak pernah beli Tora,"ingat lagi aku kepada dia,nama glamer die amir kacang sebab mak dia jual kacang rebus.

Kembali kepada penceritaan sebenarnya,masa tuh aku tinggal di batu pahat memandangkan bapak aku sambung belajar.Jadi,berpindahlah setahun aku disana.Zaman budak-budak apa sangat la nak buat.Lelagik macam aku ne.Tolong mak aku memasak?takdeknye.Tolong sapu sampah?lagiklah.Nak hafal sifir?sampai sekarang sifir 5 pon aku tak ingat.

Jadi memang sepenuh tenaga aku akan dihabiskan dengan bermain.main jer kerjanya.Tapi ada suatu ketika itu,aku sangatlah bosan.Memandang kepada basikal roda masa tuh memang dah rasa sangat jemu.Sudah hilang minat terhadap basikal tersebut.Macam tak percaya kan?Tapi inilah realitinya.

Aku terpandang sepucuk surat.Muka depan surat tu ada setem.Ada 2 keping beb.Entah kenapa pengirim berbuat demikian sampai sekarang aku juga masih memikirkan sebabnya.Jadi aku dengan rasa ingin membuat kelakar,aku cabut setem itu.Aku gumpal-gumpal dan sumbat dalam hidung.Aku ingat nak hembus setem tuh kerana terpengaruh dengan cerita kombat-Black Hawk Down.Jadi untuk test kepoweran kuasa hembusan itu,aku test serangan ke atas mak aku.

"hiyahhhhh....",aku hembusnya.Keluarlah gumpalan setem itu dengan kelajuan yang tak dapat aku pastikan.Aku makin seronok.Jadi aku buat lagi untuk setem kedua.Aku gumpal.masuk ke dalam hidung.

"hiyahhh....hiyahhh..hhhhiiiyahhh.....",berkali aku hembus,tak keluar beb.Giler la.terlekat di dalam hidung.Aku gelabah.

"oh,matilah aku pasni..oksigen..oksigen..",aku lari kepada mak aku.mak aku pon gelabah.Memang takleh nak buang.Last-last dibawanya aku ke klinik.Dipendekkan cerita,doktor tuh buang guna macam besi cabut gigi tuh rasanya.Akhirnya aku selamat.

Jadi sampai sekarang aku kalau hantar surat,aku dah tak pakai setem dah.Aku pass kat orang jerk.Fobia.fobia.





nota bawah kaki:Selamat Hari Ibu,mak..Terima kasih sebab selamatkan apiz dari gumpalan setem.hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...