mereka membaca dan mengikuti, anda??

PEJUANG BERANI MATI

Seperti yang aku janjikan,ne siri ke-2 pasal siren masa kat hostel aku dulu.


Memang dah jadi kebiasaan pada waktu pagi,siren ne akan dibunyikan.


"EeEeeeeeeeoOonnnnnnnggggggg...."


Begitu la setiap hari,setiap pagi warden memang akan sentiasa menggunakan khidmat beliau sebagai Penyalak Pepagi buta.


Ader la satu pagi tuh,ngah sedap-sedap tido,berbunyilah siren ne.Tapi pagi tuh lain sket bunyinye.Korang boleh bayangkan satu mainan yang pakai bateri kat belakang tuh time bateri beliau dah lemah.


"Eeeee.....eeeeee..OOoo...........nnggg"


Bunyinye memang serius kelakar giler.Siape la tak bagi makan kat siren tuh.Kesian benor nengoknye.


Akibat tak tertahan dengan bunyinye,kitorang boleh gelak satu dorm memandangkan rasenye dorm kitorang boleh mendengar dengan lebih jelas bunyi siren tuh.


kebetulan malam tuh ketua warden yang bertugas.Beliau ne sangat-sangat la menakutkan.Biasanya Kalau cikgu biasa nak pukul budak pon,biasanya akan guna rotan ker hape.Tapikan tidak pada beliau ne.Pernah sekali aku nampak beliau ne menghentak kepala sorang budak ne dengan kepala beliau yang sudah licin dicantas tuh.Korang boleh bayangkan budak tuh sampai terjatuh dek tandukan berbisa ketua warden kitorang ne.


Berbalik pada cerita,akibat beliau tidak berpuas hati akibat terdengar gelak dan sorakan dari penyokong-penyokong dari stadium ne,beliau siap menjerit.Habis benda beliau sumpah seranah termasuk la 'barang' beliau sendiri.Last-last naik la beliau ke dorm kami yang menjadi tumpuan ramai ne.


"Siapa yang gelak-gelak tadi tuh?Sekarang satu dorm turun kumpul dekat bawah"


Dengan tahik mata yang masih terlekat,turunlah kitorang bak kata pepatah "harapkan pagar,pagar dibuat daripada besi".Last-last pepagi tuh jugak kami dah memulakan acara bersenam sambil memakai kain sarung seperti yang disarankan dalam televisyen,bersenamlah pada waktu pagi untuk kecergasan otak.Kitorang telah dikenakan ketok ketampi sebanyak 30 kali kalau tak silap aku.Dah lupe dah.Tapi lebih kurang macam itu la.


Selepas acara senaman selesai,kami pon mandi la dan terus ke surau.Dah kena marah,takkan nak buat hal lagi kot.Selepas sembahyang,bersiaplah kitorang nak ke kelas untuk waktu persekolahan.Tapi tetiba aku dengar orang tengah riuh kat bawah tuh.Entah ape la diorang boleh gelak-gelak kat bawah tuh.Dah kena sawan pagi kot.


Selepas siap semua,aku pon turun la.Last-last aku terpandang sesuatu iaitu siren asrama kitorang.Patut la keluar bunyi pelik jer siren tuh pagi tadi.Rupanya siapa la pejuang berani mati ne berani sumbat ngan kulit limau kat siren tuh.Kejam..kejam..Sabar yer siren

2 Mengigau membuat liputan:

hzrh said...

tk extreme sgt la..
pangrok lagi bebudak sekolah aku letak pasir dlm ekzos moto warden aku..lalala~
xD

Muimui said...

haha bravo2..experiment itu telah berjaya di lakukan pjuang brani mati..tahniah tok beliaw..aq nti nak wat cam2 gak la..sbb kat saujana ni kdng2 bunyi siren tuh..ske ati dye nak bunyik walopn xde kbakaran.aku kan cuber berjuang..muehehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...