mereka membaca dan mengikuti, anda??

OH MIMPI..OH MIMPI

Malam tadi mimpi aku betul-betul terjadi.Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.Tapi memang serius real beb.Alkisah bermulanya mimpi tuh camni....


Untuk makluman semua para pengunjung Taman Negara ne,aku belum lagi menyudahkan assignment Introduction For Project Manager(RMK252).Kalau melihat pada soalan pun,haram aku nak faham.Apa yang aku nampak kat kertas soalan tuh hanyalah tulisan yang bertaip Arial saiz 16 dan diexplain dalam Bahasa Omputih.Tapi setelah melakukan kajian ke atas jawapan orang yang telah menyiapkan assignment tersebut,aku boleh merumuskan assignment tersebut memerlukan graf.Jadi,apa yang perlukan disini ialah KERTAS GRAF.Memandangkan memang aku takde stok kertas graf ne,malam tadi aku gerak la kat Koperasi kat cafe aku.Cari punye cari,HARAm.LAngsung xdek.Pekejadahnya satu koperasi itu tidak menjual kertas graf.Aku malas la nak tanye kat kakak merangkap yang menjaga koperasi tuh malam tadi.Karang aku tanye karang,karang die akan merumuskan aku sebagai budak yang rajin.Pastu akan mula approve aku sebagai adik angkat la,adik terangkat la,kakakku terangkat la.Sori bebeh,keje banyak tak siap agik.


Jadi balikla aku dengan perasaan yang hampa dan pilu bagaikan hati aku ne dah terjatuh dari bangunan KLCC tingkat 3.Hancur berkecai.Jadi memandangkan kerja-kerja untuk menyiapkan assignment tuh terbantut,aku tido awal malam tuh.Kul 12malam dah tido dah.


Alkisah dalam mimpi ntah macam mana aku mimpi aku pegi kat supermarket.Tesco kot.Untuk menjelaskan lagi,boleh plak aku mimpi aku mencari kertas graf tuh.Selepas mencari,terjumpalah kertas graf ini dan aku pergi bayar kat kaunter tuh.Tapi yang aku pelik,kertas graf ne mahal giler beb.RM 5 tuk 10helai.Haram ko TESCO.BOIKOT TESCO!!.TApi nak wat camne,karang ada plak bertangguh kerja tuh nanti.Jadi,terpaksa bayar la.


Tiba-tiba,aku terbangun dari tido dan mendapati jam menunjukkan pukul 7.06pagi.Alamak,subuh tak sembahyang lagi.Aku sembahyang dulu yerk.BYe!!

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...