mereka membaca dan mengikuti, anda??

MIMPI DONAT PUN BAGUS JUGAK

Adalah satu petang tuh,aku pergi main futsal.Ntah tak tahu pula kat mane.Aku tak ingat plak aku main tak hari tuh.Untuk jadikan cerita,aku nak balik la.Yer r,takkan nak berkhemah plak kat situ?Apekah kirenya ada rumah tapi duduk di luar rumah(ini falsafah dari Dr John Conner).Sebelum ape-ape,ni hah nak bagitahu.Time aku dalam mimpi tu kereta buddy aku ialah SATRIA NEO warna jingga bukannlah PROTON SAGA(new edition) yang warna hitam tuh.Time nak balik tuh,aku pergilah kat parking kat luar. Ntah macam mana,tak jumpa seh buddy.Hilang.Cari bukan main cari last-last,

Henchik ikang:Bodohla.Aku parking kat dalam la.(ceh)

Aku naik balik la nak pergi kat tempat parking tuh.Aku nampak Sayap(member kat Matrix,agak rapat kot-watak 1) ngah senyum-senyum atas motor.Ntah tengah angau apa mamat ne.Tanpa menghiraukan halangan seperti itu,aku terus mengkontinue ke arah buddy.Sebelah tempat parking tuh,ada plak yang tengah main futsal.Mungkin sebab mereka tak puas main kat dalam.Memang btoi hantu bola la.

Sesampainya kat kereta,aku tengok pintu sebelah kiri depan ngan belakang terbukak.Aku tengok Shahrul(member time sekolah rendah,tak rapat-watak 2) ngan Rahimi(member sekolah rendah,tak rapat-watak 3) ngah duduk lam kereta tu.Aku takde la kisah mana.Tapi yang aku amik kisahnya,engkau bayangkan gear engkau jadi rosak,stereng tak boleh pusing kanan.Sedeh seh.Engkau ingat membeli kereta ni macam membeli biskut Rocky yang bersalut coklat tuh ker?Aku menanye la siapa yang buat.Alaa biasala,memang akan kata tak tahu sebab diorang cover member diorang yang buat tuh.Dalam kepala aku time tuh,mana la nak cari bengkel nak baiki pada waktu petang seketika itu.Ne boleh plak si Shahrul ne cakap kat bengkel depan Kolam Air Panas La(jaraknya dari rumah pun dekat 2 jam lebih) sambil gelak.Masa tu,nak jer aku penampar si beliau ne.Tanpa pembantu arah aku nak la keluar dari tempat parking futsal tuh tapi malangnya,jalan nak ke jalan besar tuh kena turun bukit sikit.Tak lepas seh kalau bawak kereta ne sebab aku dah edjaz kereta ne jadi rendah sikit.Budget sporty giler la tuh.Blah la kau henchik ikang yang hebat.

Aku sendiri dapat rasakan memang pemanduan aku time tuh memang macam bangau.Pressure seh.Last-last aku berhentikan kereta kat satu port bangunan lama kat tempat futsal tuh jugak.Aku nampak kamal(member sekolah,rapat-watak 4),Syamir(member kat USM,rapat kot,watak 5),Helmi(member sekolah rendah,dulu rapat,watak 6) ngan Rushdan(member sekolah rendah,dulu rapat,watak 7) ada kat bangunan tu.Time tu aku tanye kat Syamir siapa yang buat tuh.Eyerk r sebab muka Syamir ni macam innocent sket.Takkan la beliau nak tipu aku kot.Pada mulanya memang beliau tak menjawab.Takut kot.Last-last terbukak jugak mulut beliau.Beliau berkate si Folan binti Folan yang rancang.Oh tidak,sahabat aku yang aku sangat percaye bagaikan kalau beliau berkata ada Alien kat kebun Henchik Samad pun akan aku percaya.Serius beb.Aku kata aku nak buat laporan polis.Aku bagaikan tak terkawal time tuh.Geram.Tapi Rushdan tak bagi buat laporan polis sambil tunjuk satu pisau.Dalam kepala aku memang aku fikir aku akan mati hari tuh.Aku nak la cuba meloloskan(penggunaan bahasa sastera yang berkesan) diri ngan naik kat bangunan tuh.Aku tengok semer bahagian bangunan tuh semua sama.Takde jalan keluar.Dengan tak semena-menanya,tetiba aku terbangun dari tidur.Terkejut dengan adegan kejar mengejar tuh.



Nota bawah KAKI:Aku terkeluar air mata lepas bangun tuh.Maafkan aku kalau aku buat salah kat semua terutama member-member yang aku kurang merapati engkau yang khususnya berada di Tadika Kemas Pak tijah(1996),Sekolah Keb Gong badak(1995-2000),Sek Men Kompleks Gong Badak(2001-2003),Sek Men Teknik Terengganu(2004-2005),Matrix johor(2006-2008),USM nagn member tempat kerja The Store Kota Bharu(2005),Mydin Mall(2008).Aku sebenarnya seorang yang senang didekati.

2 Mengigau membuat liputan:

HazirahMahadzir said...

merepek nau mimpi kau!
ahaha~

AR ikang said...

btoi la yok.adoi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...