mereka membaca dan mengikuti, anda??

CERITA HANTU KAMPUNG PISANG

Di sebuah tempat,terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sepokok Pisang.Nama kampung tersebut dipilih sempena sebatang pokok pisang yang dipercayai menjadi port hantu-hantu oleh Persatuan Hantu dan Makhluk Halus Asia Tenggara(PHMHAT) untuk bersidang bagi perancangan bajet untuk tahun-tahun yang akan datang.


Apabila tiba sahaja waktu dan ketika mereka bersidang,maka kampung sepokok pisang menjadi tidak tenteram pada waktu itu.Ada sahaja kes-kes yang kurang sedap memandang dan sebagai contohnya hilangnya kanak-kanak perempuan dan anak-anak dara sunti yang berada di kampung tersebut selalu sahaja menjerit-jerit di waktu malam bagaikan mereka baru sahaja ternampak Anuar Zain yang hanya memakai boxer datang melawat kampung mereka.
Ketua kampung tersebut,Tok K,merasakan beliau memang patut membuat sesuatu kerana keadaan itu semakin menjadi-jadi semenjak menunggu countdown raya Thaipusam ini.Lalu beliau menawarkan RM1000 sertas pakej perlancongan ke Bali selama 4hari 3malam kepada barang siapa yang dapat menghalau hantu-hantu tersebut.


Maka datanglah bomoh-bomoh serta dukun-dukun yang ingin mencuba nasib mereka.Satu demi satu salah seorang mereka mengaku kalah dan pulang tanpa membawa pulang apa-apa wang tunai.Inilah realitinya.Bukannya senang untuk menghalau hantu-hantu tersebut.


“Oh,apa rahsia kemenangan anda?”,tanya seorang wartawan kepada salah seorang hantu.

“Saya minum kacip fatimah.Rahsia untuk muda terasa lebih muda”,kata hantu tersebut.



Nota Bawah Kaki:Aku pun blur ngan cerita ne.Hm.Makan limau dulu la

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...