mereka membaca dan mengikuti, anda??

KARANGAN PENDEK GLORY-GLORY MANCHESTER

Sekarang kita berada di Emirates bagi menyaksikan perlawanan Champions League 2008/2009 bagi mengisi tempat siapa bakal ke Final di Rome yang akan bertemu samada Chelsea dan Barcelona.Seperti yang sedia maklum,Manchester ke Emirates dengan berbekalkan kelebihan 1 goal di Old Trafford oleh O'shea,pertahanan kanan bernombor 22 pada minit ke-17 ketika 1st leg yang lepas.



Barisan utama yang mengetuai perlawanan di Emirates
.
Pittt..wisel berbunyi dengan Manchester United memulakan perlawanan.Oh sangat tidak disangka,perlawanan hari ini berjaya diPsiko oleh rakyat Arsenal sendiri dengan pemberian hadiah percuma bendera ketika masuk ke dalam stadium."oh sangat ramai penonton hari ini",begitulah kata seorang pengulas perlawanan."Adakah dengan cara begitu dapat memecahkan tradisi Arsenal yang kebal di gelanggang sendiri selama ini",tambah beliau lagi.
Nampaknya pergerakan Fabregas pada hari ini sangat pantas.Kelihatan permainan banyak didominasi pemain Arsenal sepanjang minit ke-6 ini.Oh nampaknya ada kesilapan disitu,abang Rooney membawa bola dan pass kepada Ronaldo.Adakah akan gol disitu.Ronaldo cuba pass kepada anak muda dari korea,Park Ji sung ini,kesilapan pemain pertahanan Arsenal,Gibbs yang jatuh kerana licin barangkali kasut beliau telah haus,Park mengawal bola dan menendang..





dan..
GoaLLLLLLL (minit ke-8)


Park yang disambut oleh Fletcher ketika meraikan jaringan

Sekarang Manchester mempunyai bekalan selesa dengan aggregate 2-0.Tahniah Park Ji sung.Permainan diteruskan lagi memandangkan suku permainan pun tak habis lagi apetah lagi nak cukupkan 90minit itu.Kita teruskan lagi.Arsenal yang diketuai Fabregas mula kelihatan tertekan.Adebayor juga begitu.Bola kini dikaki van Persie.Dibawanya ke gawang Manchester.Dengan mudah Van der Saar mengambil bola tersebut.Strategi mula diatur,Manchester perlu bermain dengan agak laju pada ketika ini memandangkan Pemain Arsenal bagaikan mengamuk bak kata pepatah,pijaklah cili ditaman bunga yang saya juga tak tahu maksudnya apetah lagi mempunyai kaitan dengan perlawanan genting seperti sekarang.

Sekali lagi Park membawa bola di sebelah kanan,pass kepada Ronaldo.Oh tidak,Ronaldo dijatuhkan oleh player Arsenal.Saya tidak nampak pula siapa yang menjatuhkan Ronaldo itu.Free-kick pada jarak yang agak jauh juga.Ronaldo mengambil sepakan tersebut.





Dan Goal sekali lagi oleh Manchester United.Oh What the game.Kelihatan penyokong Manchester menyorak kegembiraan di gerai-gerai mamak mahupun di stadium disana.Penyokong Arsenal mula menyorok bendera percuma yang diberi.Segan katanya.



Oh,kalau beginilah permainannya,Manchester mampu memalukan Arsenal di gelanggang sendiri.Nampaknya,kelihatan ramai penyokong Arsenal mula meninggalkan Stadium kerana tidak menahan malu disorak dan diejek oleh para penyokong Manchester yang bagaikan lembu di luar kandang kerana terlampau gembira pada hari perlawanan.Aggregate kini melonjak kepada 3-0.Pencapaian yang mat dibanggakan pada ketika ini.

(main punya main)

Pitttt...Cukup masa untuk 1st half yang pertama.Jurukomen di Tv mula mengambil tempat membuat laporan.Shebby Singh juga berada disitu bagi memberi pandangan beliau mengenai perlawanan itu.Malaysia boleh.Cayalah..

"ohh perlawanan ini tidak dijangka.Manchester bermain dengan baik",Shebby berkata."Tapi mungkin Arsenal akan mula mengasak pada baki perlawanan 45minit nanti".

Pittt..Perlawanan dimulakan semula dengan pertukaran pemain pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah,Gibbs kepada Toure,merupakan pemain senior Arsenal dengan harapan dapat mengekang serangan dari Manchester United.(Eh,bechkam datang pulak)

kali ini,Arsenal betul-betul mengasak.Posession ketika ini ialah 75%-25% yang memihak kepada Arsenal.Ferdinand mula mengawal kawasan pertahanan dengan baik pada malam itu.Adebayor dapat bola dari sebelah kiri,passing kepada Fabregas selaku kapten,Fabregas menendang..

Oh sayangnya,disambut van der saar pada hujung palang.Ketinggian Van der Saar mempunyai kelebihan disitu.Permainan kini mula didominasi semula pleh Manchester.Tapi sayangnya kesudahannnya tidak membanggakan.Eh apa ini.nampaknya penjaga Gol Arsenal,Almunia ingin menukar status kepada striker.Beliau bermain ditengah disini.Nampaknya,memang keadaan begitu tertekan oleh pihak mereka ketika ini.

Oh begitu mudah disambut oleh pemain muda,Anderson disitu.Pemain yang berasal dari Brazil ini begitu lincah diatas padang.Rooney mendapat bola disitu.Tiada halangan untuk menjaringkan gol disitu.Oh beliau tidak tamak,pass kepada Ronaldo dan...



Goal oleh Ronaldo.Oh,apekah hari ini.Begitu selesa mendahului dengan 3-0.Sir alex Ferguson nampaknya terlompat keriangan bagaikan kanak-kanak Ribena.Begitu juga suasana di gerai mamak yang membuka siaran langsung perlawanan yang hebat ini.

Permainan diteruskan(dah bape kali dah aku pakai ayat ne,maklumlah ayat yang perlu digunakan selepas Gol..)

Pintu-pintu keluar stadium makin sesak kerana ramai penyokong keluar dengan harapan yang musnah."Kawe raso meme Arsenal dokleh gi doh",begitulah kata Steven charchie salah seorang penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium.(Bechkam tersenyum-senyum kerana No 7 yang dipakai oleh Ronaldo merupakan nombor beliau ketika di Manchester berjaya menjaringkan Gol)

Kerusi-kerusi nampak kosong situ.Sorakan kuat di stadium didominasi penyokong Manchester.Glory-glory Manchester United.


Arsenal memang dalam keadaan tertekan.Pemain tengah ditukar kepada pemain penyerang.Bendner dibawa masuk bagi membantu Van Persie mengatur serangan.Van Persie membawa bola.Solo disitu.Pass lagi.Adebayor.Pass kepada Persie di kotak penalti.Terlepas.Tiada Pemain pertahanan mengawal disitu.Fletcher masuk bagi menghalang Persie.Oh tidak.Tackle gunting.Red card untuk Fletcher.



Ferguson turun ke padang bagi membantah keputusan pengadil.Tapi tidak diterima.Penalti akan diambil oleh Van Persie.memang dah dijangka,Gol oleh Van Persie,bola penalti ke bahagian atas sebelah kanan.3-1 sekarang.

Masa hanya tinggal 10minit lagi.Arsenal mule terbangkit semangat semula.Perlawanan dikuasai oleh mereka.

Pitttt...Tamat masa perlawanan.Manchester layak ke final dengan agregate 4-1.Glory-glory manchester.





nota bawah kaki:aku tido pukul 4.45 malam tadi.Puas.puas


















1 Mengigau membuat liputan - Add Yours

hzrh said...

tkde la pendek sgt karangan kau!
ahaha~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...