mereka membaca dan mengikuti, anda??

MENENGOK TV DI MALAM HARI

Hari-hari aku tengok tv.Sampaikan kekadang tv plak duk ngendap-ngendap dan ngintip-ngintip aku.Bahaya tv ne.Tapi semalam ngan tahap kebosanan yang meluak-luak,aku menjadi hyper-aktif untuk menukar chanel tv dalam kirangan yang sekejap.Selepas 30 saat jerk,aku tukar chanel lain sampaikan ramai yang duk bising.Haha.Lantak la.Siapa dapat remote dulu,beliau yang dapat over-take overall kekontrollan tv ne.

Tengah-tengah menukar chanel,aku tertekan tv 1.Perlawanan Liga Malaysia antara PROTON ngan PKNS.Kesian gile la liga Malaysia ne.Dalam tempat duduk kat stadium tuh,hanya beberapa ketul si beliau-beliau ne yang datang menengok LIVE.Pastu aku tukar chanel 812.Bola sepak penjajah HULL CITY ngan STOKE CITY.Team yang baru dinaikkan divisyen 1 English Premier League.Penuh satu stadium.Setahu aku la,tiket nak masuk stadium diorang pon bodo-bodo £100.Tuh belom termasuk coca-cola ngan kerepek-kerepek lagik.Tapi yang Malaysia ne tiketnya baru RM10.Campur dengan kebab ngan air baru RM5.Tapi tak ramai yang datang.Pelik jugak.Await lagu tuh?

Aku menukar chanel tv 1 balik.Memerhati serangan dengan pertahanan liga Malaysia ni.Cehh patutla.Defend pun sepak bola pun tak kene.Nak kate glabah sebab pe.Orang kat stadium pun takdek.Yang menjerit-jerit menyokong lagi la takdek.Player yang pakai no 7 yang biasanya dikategori STAR dalam team,Hampeh.Gelek-gelek bola pastu dah kene rampas.Lemah-lemah.Main bola apa macam tuh.Referee pun nak tiup wisel pun macam tuh jerk.Pettttt..Game yang membosankan.Rasanya kalau Referee tuh nak bagi card pun kena menanye,”Ko pakai no ape?aku nak bagi yellow card ne”,eyelah sebab memang haram tak kenal pun player.Aku lagik la.Yang aku kenal pun yang btoi-btoi main untuk Team Malaysia.Tapi tak semua.Kiranya beruntung sebab masih ada orang kenal.FAM sibuk nak rombak pentadbiran nagn coach.Padahal tuh bukan masalahnye.Promotion Liga Malaysia ne sangatlah kurang.Sekurang-kurangnya buat promotion suruh orang datang stadium.Buatlah event dekat luar stadium sebelom game.Barulah player semangat nak main pastu diorang akan bersungguh-sungguh.baru betol beb.





Nota bawah kaki:Man U versus Man city malam ne.Bola sepak penjajah menguasai diriku.

.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...