mereka membaca dan mengikuti, anda??

ANDA INGAT AFDLIN SYAUKI JERK ADA BIKIN CERITA SETEM?AKU PON ADA JUGAK

Wahhh..cuti hampir bermula.Banyak la pasni undangan orang ajak kahwin.TAK.Maksud aku, orang ajak memeriahkan majlis dengan memakan nasi minyak pastu kita membayar balik dengan menolong membasuh pinggan.Huahua.Sampai sekarang aku pelik kenapa la orang yang nak kahwin ne hantar kad kahwin tak lekatkan setem.

Bercerita pasal setem,teringat suatu ketika dahulu.

Zuppp..zuppp...zuppp..(time machine dihidupkan)

Pada suatu hari,masa tuh aku hanyalah sebaya 4 atau 5 tahun.Tak akil baligh lagik.Alaa waktu ketika permainan Tora tuh memang hangat dipasaran.Bak kata seorang member aku pada ketika itu,"tak remajalah engkau kalau tak pernah beli Tora,"ingat lagi aku kepada dia,nama glamer die amir kacang sebab mak dia jual kacang rebus.

Kembali kepada penceritaan sebenarnya,masa tuh aku tinggal di batu pahat memandangkan bapak aku sambung belajar.Jadi,berpindahlah setahun aku disana.Zaman budak-budak apa sangat la nak buat.Lelagik macam aku ne.Tolong mak aku memasak?takdeknye.Tolong sapu sampah?lagiklah.Nak hafal sifir?sampai sekarang sifir 5 pon aku tak ingat.

Jadi memang sepenuh tenaga aku akan dihabiskan dengan bermain.main jer kerjanya.Tapi ada suatu ketika itu,aku sangatlah bosan.Memandang kepada basikal roda masa tuh memang dah rasa sangat jemu.Sudah hilang minat terhadap basikal tersebut.Macam tak percaya kan?Tapi inilah realitinya.

Aku terpandang sepucuk surat.Muka depan surat tu ada setem.Ada 2 keping beb.Entah kenapa pengirim berbuat demikian sampai sekarang aku juga masih memikirkan sebabnya.Jadi aku dengan rasa ingin membuat kelakar,aku cabut setem itu.Aku gumpal-gumpal dan sumbat dalam hidung.Aku ingat nak hembus setem tuh kerana terpengaruh dengan cerita kombat-Black Hawk Down.Jadi untuk test kepoweran kuasa hembusan itu,aku test serangan ke atas mak aku.

"hiyahhhhh....",aku hembusnya.Keluarlah gumpalan setem itu dengan kelajuan yang tak dapat aku pastikan.Aku makin seronok.Jadi aku buat lagi untuk setem kedua.Aku gumpal.masuk ke dalam hidung.

"hiyahhh....hiyahhh..hhhhiiiyahhh.....",berkali aku hembus,tak keluar beb.Giler la.terlekat di dalam hidung.Aku gelabah.

"oh,matilah aku pasni..oksigen..oksigen..",aku lari kepada mak aku.mak aku pon gelabah.Memang takleh nak buang.Last-last dibawanya aku ke klinik.Dipendekkan cerita,doktor tuh buang guna macam besi cabut gigi tuh rasanya.Akhirnya aku selamat.

Jadi sampai sekarang aku kalau hantar surat,aku dah tak pakai setem dah.Aku pass kat orang jerk.Fobia.fobia.





nota bawah kaki:Selamat Hari Ibu,mak..Terima kasih sebab selamatkan apiz dari gumpalan setem.hehe

4 Mengigau membuat liputan:

nayziroon said...

haha.aq rase kanak2 mmg mcm tu la.sbb aq pn mengalami nasib yg same mcm ko.tp aq masukkn biji tasbih dlm hidung aq.pastu smpai kna nek ambulance g hosp sbb aq dh sesak nafas gle.dahsyat..tp smpai skg aq xigt lgsg cte tu.aq tau pn sbb parents aq yg cte.kenangan yg xleh nk lupe.heh.

<----henchik ikang said...

ko tak engt bnde2 cmni??malang la camtu..hoho

Queen M said...

hahahahaha~vangang tol anak tiri ak neh..gagaga :D

<----henchik ikang said...

zaman muda2,bese r..huahua

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...