mereka membaca dan mengikuti, anda??

BILA AIR SIRAP DAN AIR LIMAU DICAMPUR,APA AKAN JADI?

Setiap hari masalah datang dan pergi umpama jumlah orang yang melawat zoo negara pada setiap hari. Masuk pukul 11 pagi dan keluar abis melawat pukul 3 petang untuk sembahyang zohor. Begitulah arus kehidupan seorang manusia iaitu kita. Masalah datang dan timbul apabila terdapat konflik dalam diri. Sebagai contoh, impian atau harapan yang kita harapkan dari suatu tidak kesampaian. Dinyatakan disini, kita misalnya nak makan sushi, last-last tak jumpa kedai sushi (entah apa kaitannya, saudara pun bukan). Okey, tadi tuh sebagai intro sahaja.


Tamat bahagian intro.


Menceritakan tentang masalah, memang setiap kita semua mempunyai permasalahan .Kita sendiri memang tidak dapat mengelak diri daripada itu.Orang yang lari dari masalah ialah orang yang sentiasa mengambil jalan yang mudah.Orang yang mengambil jalan inilah sentiasa menghadapi masalah yang sama.Sentiasa berulang-ulang tanpa ada sebarang penyelesaian.Ya, aku memang setuju setiap masalah mesti mencari jawapannya.Tapi caranya bukannya datang dari orang lain tetapi diri kita sendiri.Kita sendiri yang patut mengubahnya. Kita yang menjadikan perkara itu menjadi satu masalah .Tuhan telah mencipta nafsu.Dalam diri, nafsu keinginan yang berbeza dari orang lain itulah menjadikan masalah. Inilah sebenarnya uniknya seorang manusia. Masalah ini yang membentuk jalan-jalan kehidupan kita. Membentuk keperibadian seseorang itu.Baik dan buruk seseorang itu dijawab bagaimana seseorang itu mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah mereka. Walaubagaimanapun, ada yang berjaya malah ada yang tewas dalam perjalanan itu.


NOKOTTA.Satu perkataan jepun yang baru aku belajar hari ini. Nokotta membawa maksud keputusan menang atau kalah masih belum dapat ditentukan.Kita sentiasa akan menang selagi kita tidak berputus asa dalam menghadapi sesuatu.Selagi ada keinginan dalam diri dengan tujuan yang baik, kita akan berjaya. Seorang pejuang yang tidak berputus asa, dia adalah seorang pemenang tetapi sekali mereka mengambil sikap berputus asa dan malas berusaha, mereka terdiri orang yang gagal dalam hidup. Merekalah orang yang sentiasa rugi sedangkan kejayaan itu sudah ada didepan mata.Hanya perlu mengambilnya sahaja. Jadilah seorang yang pekak orangnya. Melihat dengan matanya sendiri bukannya mendengar dari orang lain bagi menentukan sebarang keputusan. Jangan jadi seorang buta yang masih terpinga-pinga mencari jalan sendiri dan mengharapkan bantuan orang lain untuk menentukan kehidupan bagi dirinya.


Percaya dan yakinlah dengan diri bagi setiap tindakan yang telah di ambil selagi kita ikhlas mendapatkannya.Berusahalah selagi adanya masa, adanya kesempatan untuk kita melakukannya. Sesungguhnya tuhan sentiasa memberkati perjalanan seseorang yang mempunyai niat yang murni dan sentiasa berusaha. Tawakal dan pasrahlah bagi setiap jawapan yang diperolehi.Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui mana yang baik dan buruk bagi setiap makhluknya.

aku sentiasa yakin adanya peluangku bersama dia.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...