mereka membaca dan mengikuti, anda??

BAYANGKAN KALAU SALMAN KHAN BERLAKON CERITA HANTU MELAYU?MESTI TAK SENONOH.


Penulis dapat merasakan memang engkau sudah sebati dan tepu dengan cerita hantu.Memang boleh dikatakan kalau buat pertandingan cerita hantu peringkat kebangsaan semestinya akan menjadi pertandingan yang sangat sengit bagi merebut hadiah utama pertandingan iaitu sebuah Proton Exora 1.6.Tapi pernahkah ia berlaku kat engkau yang sebetulnya.Mak penulis pernah cakap sewaktu dulu masa beliau di asrama Maktab Perguruan Sultan Idris atau yang dikenali sekarang UPSI beliau memang pernah dinampakkan la aktiviti-aktiviti barang-barang paranormal ne.Baldi bergerak sendiri malam-malam la,gambar muka orang tengah mengintai la.Tapi tak tahu la setakat mana kebenarannya.
Kali ini,kali pertama penulis akan menyampaikan sebuah cerita yang memang betol-betol berlaku kepada diri penulis sendiri.Sebelum penulis memulakan penceritaan,sila baca notis:

“BARANGSIAPA YANG BERHUTANG PENULIS RM 45.70,SILA BAYAR,TERIMA KASIH”
Al kisah kisah ini berlaku tahun 2006 sewaktu penulis menuntut di kolej matrikulasi johor.Bilik penulis rasanya kalau tak salah 4-28 blok Al kindi.Kedudukan bilik ini sememangnya terletak di hujung bersebelahan tangga.Gunung ledang tuh memang boleh nampak dari blik penulis.Belakang bilik ini memang hutan.Hutan yang dipenuhi kelapa sawit yang masih belom diterokai.Memang hijau mata memandang.Tapi bukan point ini penulis mahu highlight-kan.


Pada suatu malam, hujung minggu, sememangnya aktiviti hang out meronda-ronda seluruh kawasan pendudukan warga penduduk kolej menjadi aktiviti kewajiban bagi setiap insan bernama pelajar binti anak muda.Ketika itu entah bagaimana salah seorang sahabat penulis dikenali epul (wei epul,aku promote nama ko ne), seorang yang agak mulut terlepas(hamik ko) menceritakan bab-bab barang paranormal.Tetiba sahaja topik ini menjadi titik pertemuan antara kami ber-8 (Penulis, Nabil, Nobit, Acap, Capt ,Abadi, Epul dan monkot) untuk berkata-kata.Penceritaan tersebut terbawa-bawa sampailah penulis tidur pada malam itu.


Untuk dijadikan penceritaan,kejadian itu berlaku ketika penulis berperasan penulis sedang bercakap dengan seseorang.Macam mimpi lah.Tetiba dengan tak semenanya,penulis terjaga.Keadaan memang sunyi ketika itu.Keadaan diluar memang agak gelap.Tapi pandangan penulis tertuju kepada sesuatu.Seperti orang,berwarna hitam dan sedang duduk disebelah katil penulis.Dalam keadaan mamai ketika itu,penulis tidak menjangkakan sesuatu yang pelik sampailah “barang” tersebut bertanya kepada penulis,
“Kenapa senyap?Sudah bangun yer”,ringkas dan padat.Penulis jadi kaget mendengar suara perempuan di dalam bilik penulis.Eyer.Memang suara perempuan.Memang dapat disahkan.Penulis hanya mampu berdiam diri sahaja.Engkau nak mampus ker nak bersembang gosip-gosip artis dengan “barang” itu.”Apa barang beb”.Pada kemuncak konfliknya,”barang” paranormal tersebut meinta untuk melihat muka beliau.”Setan ko,aku tak nak mampus nak tengok muka ko”, inilah kata-kata yang diucapkan dari penulis tapi sekadar dari hati jerk la.Untuk kemuncak konflik kali kedua lagi,penulis dapat merasakan sesuatu naik diatas katil iaitu muka menghadapi muka.Memang penulis dapat merasakan memang ada benda yang dekat dengan diri penulis.Oleh itu penulis hanya mampu memejamkan mata sahaja.langsung tidak berani untuk membuat apa-apa.Situasi itu berlarutan sehingga 2 minit menyebabkan penulis berasa geram memandangkan masa tersebut penulis bermimpi berjumpa dengan nora danish terbuang begitu sahaja.Penulis menjadi sedikit berani.akhirnya penulis tekad untuk menolak barang tersebut dari atas katil penulis.


Selepas membuka mata sejurus itu,memang didapati memang tiada apa-apa.Penulis yakin dengan kejadian itu sememangnya berlaku.Setakat mana engkau percaya akan kebenaran tersebut,terserahlah.

eh kejap.Engkau ada nampak limau aku tak?Hilang plak.Tadi ada.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...