mereka membaca dan mengikuti, anda??

POST SELEPAS SEKIAN LAMA MENYEPI

Kali ni aku jadi seronok nak berceritakan lagi story mengenai penulis semasa di sekolah asrama dulu.

Hari khamis memang sentiasa dinantikan setiap makhluk yang duduk di asrama.Hari last pembelajaran bagi wilayah pantai timur dan juga kalau dah hujung minggu tuh,memang kompirm boleh balik memandangkan sekolah penulis bukanlah sangat kejam untuk tidak membenarkan para pelajarnya bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu.Penulis biasanya tak balik.

“apa barang balik”, kata penulis ketika ditemubual.

Perkara yang memang sentiasa dinantikan selepas abes membuat origami di dalam kelas ialah memikirkan lauk apa untuk tengahari tersebut. Memang hari khamis ialah satu hari yang mempunyai menu yang bapak dia besh. Kalau tak nasi minyak,menunya mesti nasi ayam.

Kekadang sembahyang zohor berjemaah yang menjadi aktiviti wajib sebelum dibenarkan balik pun boleh menjadi huru hara. Bayangkan tok imam a.k.a ustaz yang sepatutnya mengetuai sembahyang terpaksa pula menjadi pengikut di saf belakang sekali memandangkan setiap kali sembahyang zohor pada hari tersebut memang sedikit dimulakan awal setelah mendapat persetujuan daripada jemaah-jemaah yang sedang kelaparan. Bacaan doa yang selama ini agak panjang tetiba telah di summary setelah mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam subjek English-“Let’s summary this things”(aku main bantai jerk ne).

Sekarang di lokasi kejadian iaitu kafe. Penulis yang kebiasaannya akan berada di barisan hadapan tapi mungkin tidak pada hari tersebut. Memang sudah berdirinya makhluk-makhluk yang sedang kelaparan untuk mengambil nasi. Untuk makluman semua, pengambilan nasi di kafe penulis adalah secara manual. Maknanya, boleh la ambil seberapa banyak nasi pun. Tapi lauk tak bolehla.Karang tiada lauk, tiada lagi kemanisan pada nasi tersebut.

Nasi yang akan diletak dalam 2 tong yang besar tuh boleh abes. Memang boleh nampak terdapat bukit-bukit di atas tray setiap makhluk disana.

“Wei,tinggi bukit ko”, salah satu dialog yang penulis dengar ketika itu.

Sebenarnya ada sebab juga untuk setiap perbuatan tuh.Hari khamis juga mempunyai lauk yang paling sangat tak besh untuk menu makan malam-LAUK KARI DUGONG.

Await?terkejut?tuh takdelah daging dugong betol tapi daging ikan yang macam bulat-bulat buntal. Serius beb, memang tak sodap. Muat kot. Tapi aku heran gak la, padahal boleh jerk goreng ikan tuh. Boleh tahan jugak r. Ne sebe boleh nak jugak buat kari tuh. Adoi.Dunia,dunia.

3 Mengigau membuat liputan:

Ezzat said...

haha...dugong...ceh..lauk paling mnyeksakan utk habis...

<----henchik ikang said...

mujur gok mung engat..

ACHONG VADER said...

dugong tu... feberet gua.. makan sampai nangis..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...