mereka membaca dan mengikuti, anda??

ANAK BULAN JAUH BERBEZA DENGAN ANAK MAMI

Malam ne malam pertama ramadan.Jadi memang secara otomatik,sembahyang terawih memang kompirm start malam ne.

Tadi sebelom terawih tuh,ada la sorang makmum ne memberi keterangan tentang aktiviti kat surau tuh sepanjang Ramadan ne.Alaa bese la kalau aktivitinya.Ceramah,pasal zakat,tadarus Al-Quran.Tapi ada sesuatu yang beliau cakap membuat aku berpikir jauh sejenak.

Beliau bercakap begini(selepas di edit),

Memang biasa la kalau awal-awal ramadan ne memang penuh jer surau.Nanti dah tengah-tengah tuh,nak cukupkan saf yang paling depan tuh pun bersusahan.

Btoi seh apa yang beliau cakap tuh.Aku memang akui.Kita memang jenis seorang yang hanya berangan-angan kosong.Tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.Mula-mula jerk rajin dan bila dah nak abes tuh mula la memberi pelbagai jawapan ngan alasan.

Beliau yang makmum ne ada menambah,10 hari pertama terawih,Allah akan menurunkan rahmat dan balance lagik 20 hari tuh memang khusus untuk pengampunan dosa.

Mengapa kuota yang pengampunan dosa ne lebih besar?Tidak perlulah diterangkan.Sendiri mahu ingat la yep.





YA ALLAH,
ENGKAU PELIHARAKANLAH MATAKU DARI MELIHAT PERKARA-PERKARA YANG MENGGUGAT KEIMANANKU,

ENGKAU PELIHARAKANLAH TELINGAKU DARI MENDENGAR PERKARA YANG MELALAIKAN,

ENGKAU KUNCIKANLAH MULUTKU DARI BERKATA PERKARA YANG MENGAIBKAN SESEORANG,

ENGKAU IKATLAH TANGANKU DARI PERKARA YANG ENGKAU BATASKAN

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

TEGUHKANLAH IMANKU,
AMPUNILAH DOSAKU,
TURUNKANLAH RAHMAT KE ATAS KU DAN JUGA KEPADA GOLONGAN YANG BERIMAN,
ENGKAU BUKAKANLAH HATI MEREKA YANG SENTIASA BERGELUMANG DENGAN DOSA,
SUCIKANLAH HATI MEREKA,
SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENYAYANGI.

AMIN...







NOTA BAWAH KAKI:Aku target nak abiskan satu Al-quran puasa ne.Inyaaallah.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...