mereka membaca dan mengikuti, anda??

SEDANG AKU BERJALAN-JALAN,AKU MENGALAMI KECEDERAAN URAT KENTUT



Salam muhibbah semua.Hari ini aku tergerak hati nak menulis.Tajuk kupasan hari ini."Hilangkah anda seluar dalamnya?"

Semenjak dua menjak,bising dalam surat khabar cerita pasal lambang salib ngan lambang syaitan kat lambang-lambang team bola.Kalau dah lambang syaitan tuh,memang tak dinafikan team feberet aku Manchester United terlibat.

"sudahla engkau ikang,sokong chelsea macam aku ne jer",kata seorang member.

"chelsea boleh BLAHHH..",aku balas percakapan tersebut.

Aku pernah terbaca satu artikel dalam blog,tapi malangya aku tak ingat link blog tersebut untuk aku berkongsi dengan korang semua.Inyaallah,kalau aku jumpa balik,aku bagi link tuh.

Secara kupasan artikel,memang aku sendiri akui,memang sudah lama kot dengan cerita-cerita macam ni.Kenal golongan Freemason??Aku sebenarnya takde la faham peranan freemason ne tapi apa yang aku tahu,mereka-mereka(freemason) ne adalah golongan yang fanatik dengan kemunculan dajal.Maksud aku,mereka akan membuat persediaan untuk menyambut ketibaan dajal.Aku tak tipu kan??Memang dalam AL quran pon ada sebutnya,dajal akan turun ke bumi.

Nabi dah kata dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmim dan syurga bagi orang kafir malahan nabi sendiri pernah berkata tiada fitnah yang lebih dahsyat daripada fitnah dajal,dan kalau kita fikir balik,kalau dajal tetibe jerk selamber ayam menyeru orang menyembah dia,ada ker orang nak sembah macam itu saja??tak logik kan??Jadi masa inilah golongan freemason memainkan peranan nak buat persediaan dan meyakinkan seluruh dunia menerima dajal ne yang kononnya boleh tolong manusia.Ini baru logik.Untuk lebih pengetahuan pasal Freemason ne,search la dekat Youtube tajuknya The Arrivals.Nak cakap sini,jadi panjang kot.

Berbalik kepada cerita Man U tadi.Aku memang setuju,banyak perkara memang berkait dengan yahudi.mana-mana jerk pon.Paling dekat dengan anda sekarang tuh.PC atau laptop ker hape,diorang support yahudi kot.Baik korang off PC sekarang,tapi biarlah tunggu lepas abes post ne dulu.muahahaha.

Tapi ada jugak aku tak berapa setuju jugak dengan beberapa perkara.Yang pertamanya,ada pihak mengatakan perkataan MAN dari manchester united merujuk kepada singkatan Mason.Aku takde la setuju sangat sebab dah kelab ne memang ada dekat Kota Manchester,takkan la nak letak WAkaf Che yeH united.sangat tidak logik.

Lain benda yang aku tak setuju dengan nombor huruf dari perkataan manchester itu sendiri.Aku pon takde la faham mana pon.Tapi menurut yang aku baca,kalau tambah-tambah pastu tolak balik akan menghasilkan nombor 13 yang menurut kepercayaan golongan mason,no 13 ne no kesukaan penyembah syaitan.Aku tak tahu pulak kenapa nak pilih no 13 sebagai no kegemaran beliau ne?Lagik satu perkiraan yang last-last dapat no 13 tuh macam tak logik gak.Kena tambah pastu kena tolak balik semata-mata nak dapatkan no 13 ne.Pakai sifir berapa ne??

Dan yang paling aku rasa tak logik,dia cakap sebagai bukti nak tunjukkan Man U ne kelab yang menyokong kemunculan dajal ne,ada ker dia cakap fans man u yang fanatik sanggup bergaduh dengan fans kelab yang lain.Cis.Aku selama ne takdek kot buat benda-benda berkaitan camtu.Yang penyokong kelantan sampai bakar kerusi tuh,penyokong dajal ker??islam kot.tapi dia punya islam tak boleh pakai.Bengong punya orang yang bakar kerusi itu.

Nak cakap panjang-panjang pon tak guna.Aku memang minat Man U sebab permainan mereka,sikap kekeluargaan sesama fans ngan sejarah kelab sahaja.Takdek langsung terpikir tentang dajal ne.Tapi aku tahu sebab apa artikel-artikel macam itu ada,mereka nak kita sedar tau pasal keabadian kita kepada Tuhan kerana saling ingat mengingati itu adalah tunjang kepada kesetiaan kita terhadap agama.Inyaallah,mana yang buruk jadikan tauladan,mana yang buruk jadikan sempadan.

Tambah sikit:mungkin kebanyakan keluar artikel pasal kelab manchester united sahaja,tapi kelab lain pon sama.Mungkin manchester united sebagai contoh,korang boleh kaji dengan kelab chelsea,liverpool ngan arsenal.sama jer kot.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...