mereka membaca dan mengikuti, anda??

ROSNAH PERGI KE PASAR MEMBELI LOBAK UNTUK DIBUAT AIR

Di satu kedai makan,

Sudu: Aku rasa aku sangat hebat

Garfu:Ahh..aku lagi hebat..

Sudu: Apa barang tajam-tajam.

Garfu: Tajam la baru nampak kool. Mesti ramai awek terpikat.

Sudu: Bahaya untuk kanak-kanak kot.

Garfu: So??

Sudu: Awek suka kanak-kanak.

Garfu: Yang engkau tuh, botak berkilat.kah3. Macam samdol.

Sudu: Come on la. Botak tuh romantik. Dr Fadzilah pernah cakap orang botak ne murah rezeki.

Garfu: Ahh..Percaya sangat beliau tuh.

Sudu: Tapi aku rasa aku paling banyak berbakti pada masyarakat.

Garfu: Buktikan.

Sudu: Selain untuk suap makanan, aku juga digunakan untuk ambil isi kelapa.haha(ketawa berlagak)

Garfu: Haha.Bodoh.Itu saja ker? Kalau engkau pergi kedai western,mana diorang provide sudu tuk makan chopstik,beefstick,lambchop. Diorang akan guna aku.Haha(ketawa yang lebih kuat)

Sudu: Tapi aku rasa engkau lagi bodoh.

Garfu: Kenapa?

Sudu: Kita bukan kat kedai makan.

Garfu: Abis tu,kat mana kita sekarang ini?

Sudu: Bangang, ini kan kedai Tayar. Apek tu gunakan kita untuk makan nasik goreng pataya.

Sedap Noo Hang Dapat Pankek(SNHDP)


Baik,aku tipu tentang maksud tersirat SNHDP tuh.

"Siapa Nak Hadiah Dari Paris??"<---SNHDP (ini maksud sebenar) Kali ini aku dipaksa si beliau, Lina Awek Hot untuk merajinkan diri membuat contest ne. Dan secara tidak langsung ia juga dikira update teringkas dan terpantas yang mampu aku buat.

hah okeh,

no satu

Dengan keadaan anda yang sudah mandi, silalah dengan rajin membuat entry bertajuk :Siapa Nak Hadiah Dari Paris atau SNHDP. Letak gambar berukuran pasport seperti diatas dan gunakan format Middle in the centre iaitu gambar berada di tengah-tengah entry bagi memberi gimik yang berlebihan. Link gambar tersebut pada Blog cik adik manis penjual jagung NadiaFarahida.

no dua

hah..selepas sedemikian, pastikan ada gambar tersebut juga di sebelah side bar blog kononnya macam gantung-gantung lampu raya dikala deepavali. Gambar tersebut, link kan juga kepada entry contest .

no tiga

anda hendaklah menjadi pengikut blog NadiaFarahida. Tapi bukan ikut sampai ke jamban la. Cukuplah sekadar di alam maya ini sahaja.

no empat

Letak link entry yang telah anda publish ini kepada LINK ini.

no lima

Tag 3 downline yang lain. Pastikan mereka tahu mengenai contest ini.Untuk yang ini, aku pilih,
a) cik rose merah
b) qasih si zainab
c) mamamio glosintas

no tujuh

tarikh luput peraduan adalah 20 November 2010 bersamaan hari sabtu 13 Zulhijjah. Kalau anda dapati dalam kalendar, ada gambar kuda untuk tarikh ini.

sekian.

nota tambahan: samada anda perasan ke tak, no enam takde.

SEPANTAS KILAT AKU BERLARI MENDAPATKANMU PISANG GORENG


Bila mereka-mereka membuka mulut,


IBU ALI MEMINTA ABU MEMBELI MANCIS DI KEDAI AH SENG

Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi.

"duh aduh pipiku dicium mas Joko..

duh aduh pipiku disentuh mas Joko..

I love you, katanya..

ka yung yun katanya..

sekujur tubuhku merinding jadinya.."


Ringtone telefon bimbit aku berbunyi.
Aku angkat panggilan tersebut,


Aku: Helo.Siapa ni?

Gadis: Helo. Alaa U ne..ni I la..U marah I lagi ker?Sori la sayang

Aku: Oh..no hal la..perkara biasa jer tuh.

Gadis: Tadi U makan apa?I ada nampak U kat Mcd tadi.Pakai baju Purple.Comel la U ne.

Aku: Terima kasih. I memang comel pon.

Gadis: U sayang I tak?

Aku: Eh mesti la I sayang U.

Gadis: Hehe..sayang awak. U, I ada dengar U rapat dengan Siti Kalsom. Siapa dia di hati U?

Aku: Oo..Beliau pernah jual kerepek pisang dekat I sebelum balik raya baru-baru ne.Kerepek beliau sangat sedap. RM 30 dapat 2 paket.

Gadis: I sangkakan U main kayu 3 dengan I.

Aku: Sedangkan permainan tradisional konda-kondi pun I tak pernah menang dengan U, mana la I nak pasang 2.

Gadis: U ne sweet la.

Aku: Terima kasih.

Gadis: I rasa bertuah dapat U.

Aku: oh yer ker? Terima kasih.

Gadis: Cepat-cepat la masuk meminang I. Jangan risau tentang bapak I. Kes U pecahkan pasu bunga bapak I 3 tahun lepas,I rasa beliau sudah maafkan U.

Aku: Baik pulak bapak U ne kan. Baguslah.

Gadis: Sayang, esok kita lunch sama-sama kat Mcd Uptown yer.

Aku: Okeh..okeh..orait2..U belanja I ok.

Gadis: Demi U, I sanggup belikan lampu pelita untuk U main waktu malam-malam.

Aku: Terima kasih la sebab susah-susahkan diri U tu.

Gadis: Sama-sama..Jumpa esok yer sayang. Pukul 1.30 petang U datang jemput I.

Aku: Hah..Okehla. Jumpa esok.

Gadis: Selamat malam sayang.


tett..panggilan dimatikan.


..

..

..

..

..

..

..


..


..

Eh,bila masa pula aku ada awek ne?
cis.salah nombor.



Pengajaran: Jangan sesekali menjawab panggilan yang tidak dikenali.


DI KALA BULAN RAMADHAN,AKU BUKAK RADIO KLASIK NASIONAL.


Selamat hari-hari buat pembaca.

Lagi kurang 2 minggu dah nak raya. . Tup tap.tup tap.Puhhh..sekejap.

Bila dah dekat nak raya ne, banyak benda aku fikirkan. Apa lagi tak setel?



"Baju raya"?
"sebelum puasa dah setel".




"Kuih raya"?
" ne dah pon beli 2 botol, tinggal nak bawak balik je"




"Duit raya"?
" tak payah risau sebab aku tak kahwin lagi.ngeh3"




"Apa lagi "?





"Assignment"?
"hah yang ne memang aku sengaja lupa".





"hmmm..lampu pelita"?
"balik rumah baru pasang."





"ketupat,lemang"?
" tunggu balik kampung jer la".





"Tiket bas"?
"dah.."



hmm

hmm..



(garu ketiak)

"ape lagi ne?"..


hmmm...





"cis, baju aku dalam mesin basuh tak jemur lagi"



Tazkirah ringkas:

korek idong menjadi kesalahan dalam bulan puasa

AYAM KAMPUNG DIPANGGIL CHICKEN ATAU VILLAGE CHICKEN??

Salam Ramadhan buat pembaca blog henchik ikang yang secara dasarnya, terdapat bukti tapak kaki hasil peninggalan anda ke blog ini mahupun anda seorang invisible reader.



Sempena bulan berpuasa ini, banyak benda aku nak kongsi bersama. Jadi untuk setiap poin, aku asingkan satu persatu seperti membuat kuih bahulu iaitu kita akan meletak ramuan bahulu tersebut satu persatu ke dalam acuan bahulu. Cuba anda kira berapa banyak perkataan bahulu yang terdapat dalam keterangan pasal kuih bahulu ne. Kira perkataan bahulu ini sampai dekat last perkataan bahulu di noktahkan. Pastikan perkataan bahulu sahaja diambil kira. Maklumlah, kuih bahulu ne memang sangat popular ketika raya puasa, raya haji dan raya cina. Nak lebih info pasal kuih bahulu ne, TAIP bahulu dan search di goggle, nanti keluarlah info kuih bahulu ini. Bahulu. hoho

File sulit 1
Sebenarnya aku dah lama perasan akan perkara ini. Pada mulanya memang aku malas nak mengeluarkan kata-kata. cewahh. Pernahkah korang perasan setiap kali abes jemaah kat surau ker masjid ker mesti ada sebilangan yang terus blah macam tuh. Maksud aku, blah tanpa baca doa ke hape. Tapi aku dapat rasakan ia menjadi annoying di mata kasar aku. Aku tahu memang itu hak individu tapi sekurangnya memohonlah sesuatu daripada tuhan melalui doa. Banyak kot dalam doa tuh boleh minta. Minta keampunan dosa mak ayah, kesejahteraan keluarga, kesihatan, memohon jodoh turun dari langit ker, mana la tahu mudahan-mudahan betul-betul jodoh turun dari langit. hoho. Aku kadang-kadang terpikir juga, adakah kehidupan mereka yang tidak membaca doa itu cukup sempurna?adakah.oh adakah.


File sulit 2
Pernah dengar cerita pasal ayam??mesti korang sedang memikirkan ayam golek berempah ker hape. Tettt..Maaf, jawapan anda salah.

"Sekarang anda boleh tapau pakaian anda dan balik tanam buah beri di rumah"secara tetiba hos rancangan engkau idolaku membuat pengumuman.

Situasi kejadian ne masih panas-panas lagi, ada la 2,3 hari lepas berlaku. Masa ne terawih. Aku tak kenal mamat sebelah aku ne. Tapi masa angkat takbir tuh aku rasa beliau sangat annoying. Angkat takbir macam kepak ayam. Luas-luas woo. Dengan keadaan ketinggian aku yang kurang dihargai tontonan umum, memang siku beliau melanggar dahi aku. Masalahnya kalau prosedur takbir tuh betul seperti dalam gambar rajah dalam buku "mari sembahyang 5 waktu" keluaran Pustaka Seri Intan memang aku tak kesah. Tapi entah beliau mengikut posisi siapakah pun aku tak tahu. Salah kot. Dah la salah, pastu menyusahkan jiran sebelah nak angkat takbir pula. adoiyai. Aku tahulah mana la kita nak tahu sembahyang mana la yang sempurna atau tidak, tapi kalau kes macam ne berlaku, kita kena lah consider pada keadaan sekeliling. Sembahyang jemaah tuh sembahyang ramai-ramai, bukan seorang.


File sulit 3
Cerita pasal buka puasa pula. Sekarang mana-mana masjid atau surau memang ada provide makanan berbuka puasa secara percuma. Jadi bagi golongan yang nak save duit, memang masjid la menjadi destinasi utama untuk jalan-jalan mengisi perut yang kosong di kala ramadhan.

"bagaimana dengan anda pula henchik ikang??anda pun sama??

"hah ah..fulus aku terbang melayang-layang macam bunga api"

Sekali lagi perkataan annoying aku menggunakan berkali-kali. Kali ne aku menuju kepada golongan yang berbuka puasa kat masjid, tapi lepas kenyang, start motor, pastu terus balik. Aku rasa annoying gegila dengan golongan tersebut kerana objektif masjid sediakan makanan percuma ne untuk meramaikan golongan manusia ini sembahyang berjemaah di masjid tapi nampaknya kesimpulannya, objektif tuh tak sampai kot.

"diorang sakit perut kot henchik ikang"

"takkan la sampai 30 orang sakit perut semua kot"

jadi kesimpulannya, ambil yang boleh jadikan pengajaran. Sesungguhnya bulan ramadhan ini banyak rahmatnya. Hargai setiap jam, minit mahupun saat dalam bulan ramadhan ne.Cewahh. Padahal, petang-petang aku selalu tido.ngeh3. Apa yang baik,ambil. Yang kurang baik, mitak jauh kerana semua itu adalah COBAAN.

SUATU MALAM YANG DINGIN,AKU MEMBACA SURAT KHABAR HARIAN METRO


Tabiat aku bila makan jer, ada telor,memang aku rembat. Tapi betol la orang kata, makan telor, kentut busuk woo. Alaaa, padahal tak makan telor pon, kentut memang busuk pon. ngeee.

Waktu pagi

Aku bangun pagi. Tengok jam.

"baru pukul 9 pagi kot, giler awal aku bangun"

"ne kalau tapau nasi lemak kat cafe bawah sambil layan movie kat bilik, serius syok"

Lepas mandi, aku bersiap. Tekan butang A untuk Ali. Okeh, anda tertipu. Aku tekan butang lif ke bawah jer sebenarnya. Takpe, hari jumaat hari ini sudah hampir abes. Anda tiada sebab untuk berkata,"wei,tak baik tipu hari jumaat ne, dosa kecil".

Berbalik kepada pangkal jalan, turun lif dan menuju ke cafe.

Sampai cafe, dengan selamber aku membayar RM2.50 kepada kakak cafe tuh sebab dia bagi aku nasi lemak yang ada telur rebus di dalam tapau tersebut.

Balik bilik, makan sambil layan AdaMaya episod 9.

Kebetulan episod tuh betol-betol timing dekat dengan waktu zuhur.Aku rasa tetiba macam suara bercakap,

"wei ikang,sembahyang jemaah kat surau la"

"eh,suara siapakah itu??Bagi tahu siapa engkau"

" ini akulah,engkau."

"Oh aku bercakap dengan diri sendiri rupanya,cis"

Aku ambil kopiah (glosari: bahan lapik kepala selain helmet) dan terus menuju ke surau.
Aku sampai tepat pada masanya, masa tuh orang baru azan.

iman adalah mutiara,di dalam hati manusia...ringtone orang yang duduk sebelah aku. Beliau silentkan henpon.

Sekarang sembahyang.Lepas rakaat pertama,pergi ke rakaat kedua dan seterusnya ke rakaat ke ketiga.

Masuk rakaat keempat,aku rasa angin dalam perut nak keluar. Serius, memang rasa nak meletus.

Member aku pernah cakap,kalau engkau rasa nak terkentut masa berdiri, kita masih dalam keadaan selamat lelagi kalau dalam sembahyang.

"engkau tahan kentut tuh sampai engkau rasa kentut tuh masuk dalam perut engkau balik".




Nota kecik: untuk situasi seterusnya,pepandai lah korang bagi konklusion.

Tamat



cuba cari mana gambar aku,nanti aku belanja sirap limau


.




SEDANG AKU BERJALAN-JALAN,AKU MENGALAMI KECEDERAAN URAT KENTUT



Salam muhibbah semua.Hari ini aku tergerak hati nak menulis.Tajuk kupasan hari ini."Hilangkah anda seluar dalamnya?"

Semenjak dua menjak,bising dalam surat khabar cerita pasal lambang salib ngan lambang syaitan kat lambang-lambang team bola.Kalau dah lambang syaitan tuh,memang tak dinafikan team feberet aku Manchester United terlibat.

"sudahla engkau ikang,sokong chelsea macam aku ne jer",kata seorang member.

"chelsea boleh BLAHHH..",aku balas percakapan tersebut.

Aku pernah terbaca satu artikel dalam blog,tapi malangya aku tak ingat link blog tersebut untuk aku berkongsi dengan korang semua.Inyaallah,kalau aku jumpa balik,aku bagi link tuh.

Secara kupasan artikel,memang aku sendiri akui,memang sudah lama kot dengan cerita-cerita macam ni.Kenal golongan Freemason??Aku sebenarnya takde la faham peranan freemason ne tapi apa yang aku tahu,mereka-mereka(freemason) ne adalah golongan yang fanatik dengan kemunculan dajal.Maksud aku,mereka akan membuat persediaan untuk menyambut ketibaan dajal.Aku tak tipu kan??Memang dalam AL quran pon ada sebutnya,dajal akan turun ke bumi.

Nabi dah kata dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmim dan syurga bagi orang kafir malahan nabi sendiri pernah berkata tiada fitnah yang lebih dahsyat daripada fitnah dajal,dan kalau kita fikir balik,kalau dajal tetibe jerk selamber ayam menyeru orang menyembah dia,ada ker orang nak sembah macam itu saja??tak logik kan??Jadi masa inilah golongan freemason memainkan peranan nak buat persediaan dan meyakinkan seluruh dunia menerima dajal ne yang kononnya boleh tolong manusia.Ini baru logik.Untuk lebih pengetahuan pasal Freemason ne,search la dekat Youtube tajuknya The Arrivals.Nak cakap sini,jadi panjang kot.

Berbalik kepada cerita Man U tadi.Aku memang setuju,banyak perkara memang berkait dengan yahudi.mana-mana jerk pon.Paling dekat dengan anda sekarang tuh.PC atau laptop ker hape,diorang support yahudi kot.Baik korang off PC sekarang,tapi biarlah tunggu lepas abes post ne dulu.muahahaha.

Tapi ada jugak aku tak berapa setuju jugak dengan beberapa perkara.Yang pertamanya,ada pihak mengatakan perkataan MAN dari manchester united merujuk kepada singkatan Mason.Aku takde la setuju sangat sebab dah kelab ne memang ada dekat Kota Manchester,takkan la nak letak WAkaf Che yeH united.sangat tidak logik.

Lain benda yang aku tak setuju dengan nombor huruf dari perkataan manchester itu sendiri.Aku pon takde la faham mana pon.Tapi menurut yang aku baca,kalau tambah-tambah pastu tolak balik akan menghasilkan nombor 13 yang menurut kepercayaan golongan mason,no 13 ne no kesukaan penyembah syaitan.Aku tak tahu pulak kenapa nak pilih no 13 sebagai no kegemaran beliau ne?Lagik satu perkiraan yang last-last dapat no 13 tuh macam tak logik gak.Kena tambah pastu kena tolak balik semata-mata nak dapatkan no 13 ne.Pakai sifir berapa ne??

Dan yang paling aku rasa tak logik,dia cakap sebagai bukti nak tunjukkan Man U ne kelab yang menyokong kemunculan dajal ne,ada ker dia cakap fans man u yang fanatik sanggup bergaduh dengan fans kelab yang lain.Cis.Aku selama ne takdek kot buat benda-benda berkaitan camtu.Yang penyokong kelantan sampai bakar kerusi tuh,penyokong dajal ker??islam kot.tapi dia punya islam tak boleh pakai.Bengong punya orang yang bakar kerusi itu.

Nak cakap panjang-panjang pon tak guna.Aku memang minat Man U sebab permainan mereka,sikap kekeluargaan sesama fans ngan sejarah kelab sahaja.Takdek langsung terpikir tentang dajal ne.Tapi aku tahu sebab apa artikel-artikel macam itu ada,mereka nak kita sedar tau pasal keabadian kita kepada Tuhan kerana saling ingat mengingati itu adalah tunjang kepada kesetiaan kita terhadap agama.Inyaallah,mana yang buruk jadikan tauladan,mana yang buruk jadikan sempadan.

Tambah sikit:mungkin kebanyakan keluar artikel pasal kelab manchester united sahaja,tapi kelab lain pon sama.Mungkin manchester united sebagai contoh,korang boleh kaji dengan kelab chelsea,liverpool ngan arsenal.sama jer kot.

MENARI-NARI BERSAMA SOTONG ADALAH HOBI KEDUA SAYA

Selepas hampir sebulan,abes jugak piala dunia.

Amacam?Belanda menang kan.Hebatlah belanda.muahaha.

ok,aku tipu lagik.Yang menang sepanyol.

Masih ingatkah anda pada PAul sang sotong yang meramal 5 perlawanan Piala Dunia secara tepat dan jitu itu? Lepas ne kita suruh beliau meramal game kuda la plak yer.Mesti Paul suka main dengan kuda ne.Biasa hobinya hanya bersembang dengan kuda laut,kali ne kita test dengan kuda darat la plak.

Tapi janganlah anda sesekali kecewa sebabnya selepas ne kehadiran Paul dalam peramalan ne dah takdek kerana pagi tadi Paul baru sahaja menyiapkan surat Letak jawatan sebagai peramal mahupun sebagai ikon makanan laut.

"saya tak suka la orang berjudi ne,akhirat beb",kata sotong


"Selamat Tinggal PAul",dari meja penulis

MARI MEMASAK SOTONG BERCELUP TEPUNG BERSAMA CHEF JO

Kali ni aku nak bercerita pasai sotong dengan piala dunia.Apa kaitannya nya?oh.Apakah??Apakah dan Apakah??


maaf,aku mamai.


Kenal si PAul??Paul sang sotong.Aku dulu tak kenal pon.Tak mahu kenal.Tapi bila lepas game german dengan argentina,sotong ne memang menarik hati aku.Ok,bukan tertarik sebab beliau ne boleh hafal sifir ker hape,tapi aku amat terkejut,perlawanan sebelum ne,beliau ada meramalkan keputusan,puhhh,betol semua kot.

Semalam yang bertarikh 6 julai 2010,riuh dengan gambar yang si sotong dah ramal untuk game German dan sepanyol untuk game separuh akhir(half final).Ada la dalam FB tuh,member aku tag satu gambar.hah ne hah,kat bawah aku letak.




Hah amacam??sotong tuh pilih spain kan?Okeh,pastu ada sorang lagi duk sibuk tag aku.ne hah,kat bawah ne.


Jadi tak tahu mana yang betul.Pastu secara tetibanya ada sorang lagik tag gambar lain plak.Hah,tengok kat bawah,





Okeh,jadi semalaman penuh kontroversi sampai pagi ni aku bukak email,dapat satu info pasai sotong.jadi tak payah la korang nak gaduh ker hape,kiter zaaazzzzzz...






Ne baru diramalkn saja.Sotong yang ramal.Ntah btoi ke tak sotong ne.Saja bikin gempak jerk.Untuk keputusan sebenar-benarnya kena la tengok gamenya.OK,nanti abes game,aku update aku taruk sedikit keputusannya kat bawah ne.SEttt..


UPDATE:

"okeh,memang semuo dah tengok,spain monang.jadi,sotong memang btoi,bahyo bonar kalu ado sotong ne aih.",kata penulis

keputusan:
SPAIN (1) vs GERMAN(0)
carles puyol,72min


"alamak,jariku tersepit di pintu",Kata Ali kepada Abu

Aku baring di atas katil

termenung,



termenung,












dan termenung.

Kalaulah aku Menteri Perlancongan.Nak jer aku merajinkan tugas aku dengan pergi negara-negara beriklim sejuk.Selalu jer membuat OT.Berjalan-jalan di pinngiran sungai sambil makan kerepek.Wahhh,sangat seronoknya.Kalau nak pergi tengok game Manchester versus chelsea di Old trafford pun selalu jer dapat, apatah lagi game manchester versus derby country.hoho.

"saya nak membuat perjalanan ke UK esok ne",

eh boleh ker?Mestilah boleh sebab aku Menteri Perlancongan.


Tapi kalaulah aku Jutawan macam Bill Gates ker,Trumph ker, puhhh mesti lagi best. Hari-hari aku layan mee goreng basah dekat Jalan Klang Lama tuh free jer. orang yang berniaga tuh pon tak sanggup nak terima bayaran makan malam aku tadi tuh.Segan kot nak mitak RM 3.50 dari jutawan ne.Yer la,mana taknye,jutawan lain layan hotel,aku jerk layan kat gerai.


Eh kejap,tukar-tukar.Aku rasa jadi Batman lagi best.Dengan serba kelengkapan,sempurna hidup kot. Boleh la aku letak no plate dekat kereta BAT 1.Puhhh,jadi top list harga penawaran terbesar dekat JPJ nanti. Turun naik KL ke Siam 2,3 kali sehari pon tak kesah.


Tapi kan,

apa yang paling best adalah menjadi diri sendiri kerana diri sendiri berdiri di dunia kenyataan.Apa sahaja yang berlaku,yang dibuat, dirancang, diri sendiri akan dapat kesannya.


"perjalanan hidup ini janganlah sia-siakan",Haji-haji-haji Mustapha,(Drama Qalesya,8.30 malam,Astro Prima)

AKU MENDENGAR ENGKAU MENANGIS TERESAK-ESAK BAGAIKAN BAYI

Dulu aku sekolah menengah.Sekolah yang dikuasai penuh dengan otai-otai yang bapak die mengerikan.Pernah sekali urat kentut aku terputus kerana ke"otai"an mereka-mereka sekalian.Dengan rasa hiba, aku perkenalkan korang kepada mereka.


Otai satu
Nama:Cikgu Ruslan
Profil:Di gelar Ruslan mata biru kerana warna matanya biru ketika beliau sedang marah, mengajar, berjalan,memancing, berseloka, berpantun dan juga ketawa yang dalam maknanya itu.Sudah berkahwin.Teknik serangan libasan buluh perindu beliau amat dashyat sekali.

Otai Dua
Nama:Cikgu AZiz
Profil:Mempunyai keadaan bentuk badan yang besar sedikit.Mengajak subjek agama tapi sepanjang aku belajar sana,tak pernah beliau ne mengimamkan solat zohor berjemaah.Teknik serangan beliau tangan king kong yang bahaya.


Cerita bermula selepas PMR.Aku dengan menjadi rajinnya,aku datang ke sekolah dengan harapan memecahkan rekod kehadiran 100 peratus sekolah sejak pertama kali di buka pada tahun 1876.Last student yang menang,RAdiyapan Anak kepada Rama-rama


Profil Radiyapan:
India.berkulit gelap.(info amat sedikit kerana aku masih belom berada di dunia pada tahun bersejarah tersebut)


Suatu hari,aku berasa otai.Aku pergi sekolah dan sudah tentulah dengan memakai baju sekolah tapi tidak dengan seluar.maksudnya seluar tuh bukan standard student r.Aku engat masa tuh seluar tuh kaler-kalernye macam dah lusuh.kalau tengok dari jauh,memang nampak macam seluar jeans.Ramai yang tertipu pada hari kejadian.

"maapla,seluar ne bukan jeans",aku berkata seraya apabila member-member seperjuangan aku bertanya.

Masa tuh perhimpuanan.Abis jek,memang akan pergi ke kelas.

Mampus,spot check.siot.mampus.mampus.

Seperti sudah dijangkakan,aku ditahan oleh JAIS..muahaha..

Takdek tadi aku tipu.

AKu sudahi karangan hari ini dengan serangkap pantun,

Buah keranji dalam perahu,
selamat tinggal,tata.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Abes.

SURATMU FORMAT RASMI AKU MEMBACA

Salam abang ikang.Saya berumur 17 tahun. Akhir tahun ni saya akan menghadapi SPM. Saya sebenarnya sedang sedih sedikit.Ianya berlaku apabila seseorang yang saya suka sebenarnya langsung tidak menyukai saya.Saya selalu teringatkan dia ni.Bagaimana saya nak menghadapi situasi macam ni yer?

Aiman
Bentong,pahang

Salam kembali yer adik Aiman. Setiap manusia memang akan merasai pengalaman bercinta samada pada penghujungnya mendatangkan kegembiraan dan ada juga kesedihan. Adik janganlah terlalu memikirkan situasi ni. Takut terjejas study plak nanti. Beginilah, cuba adik concentrate study adik tuh dulu.Lagipun adik masih muda.Mungkin selepas ini adik akan berjumpa dengan seseorang yang lain juga.Inyaalallah,kalau jodoh adik dengan dia itu,takkan lari gunung dikejar. Jalanilah kehidupan adik yang masih panjang ini.




Hai pakcik.Saya nak tanya sikit jer ni.Kalau saya dari Ampang Point nak balik ke Taman Mulia Jaya guna Rapid KL macam mana yer??

Rina Yang Comel,
AMpang,KL


Hai makcik.Makcik naik Rapid no U29 dan kalau bas Metro no 28.




Salam bro ikang.Gua baru abes study kat satu uni ne.Bosan giler gua duk dekat rumah sekarang.Lu ader tak cadangan pepe yang boleh lu suggest dekat gua ne.Tengkiu bro.

Punk_junior@yahoo.com
Currently lepak di Sungei Wang Plaza


Salam.salam.Yo,lu cari kerja la beb.Try bukak link ne-http://jobstreet.com/ ..Lu register pastu lu survey kerja-kerja yang sama taraf dengan kelulusan lu.Baik cari duit dari lu buang masa lepak-lepak.Welkam bro.





Selamat Pagi.Abang ikang,boleh tak ain nak minta tolong sedikit.Tolong bukakkan tudung sos cili ne. Mak suruh masak nasik goreng. Ayam,sayur semua dah letak.Sos cili jerk tinggal.

Ain
Sungai dua,Pulau pinang

Selamat pagi jugaklah..hehe(msg lambat sampai kot,sekarang dah malam dah wahai adik)hrmm..Adik mintak dengan abang kandung adik yang ada kat rumah tuh jer la yer.Abang bukan tak nak tolong,tapi mana la abang tahu rumah adik di mana.Alamat yang adik beri ni pun tak lengkap. kalau tak boleh buka jugak,adik tak payah la letak sos tuh,ganti dengan sos tiram.Besh jugak ker hape.Selamat mencuba.

KEHADIRAN DIRIKU MENGUNDANG TOK JANGGUT DATANG MENYINGGAH

hari ini bertarikh 25 mei 2010

perghh..intro macam sekapur sireh dalam buku teks sejarah tingkatan 2 jer.

Bulan 5 adalah bulan pertengahan tahun.Tapi sebenarnya tak pon sebab satu tahun ada 12 bulan,kalau 12 bulan bahagi 2,jawapannya ialah 6..Yer,bulan 6 adalah bulan pertengahan tahun.Aku naik hairan sebab apa kalau exam masa sekolah kalau buat bulan 5 ne dipanggil exam pertengahan tahun.Heran.heran.

Adik aku belajar matematik.Dia blur.Jadi secara direct jerk dia akan soal aku balik apabila beliau sendiri telah disoal oleh soalan ne.jadi,kesimpulannya,aku yang menjawab persoalan tuh.Paham tak ne??tak paham sudah.


Soalan yang ditanya soalan no 7.Aku baca.

"senang giler kot",kata aku dengan berlagak.

Dengan sewenangnya,soalan itu dapat dijawab dengan adanya jawapan.Jawapannya ialah A dengan jumlahnya ialah 9.

Aku dengan setibanya merenung masa silam aku.Bertapa bengapnya aku kalau menjawab soalan matematik ne suatu ketika dahulu.Serius.Sebab matematik la,aku kena bantai dengan bapak aku pastu kena turun kelas.Sebab apa la sangat.Tak pandai jawab soalan no 5 paper matematik akhir tahun darjah 6 jerk kot.

Kalaulah aku pandai suatu ketika dulu,kompirm aku layan MRSM ngan sekolah Berasmara.hoho.Tak layan la sekolah menengah kebangsaan ne.Tapi realitinya sekolah menengah kebangsaan ne la aku belajar tatabahasa,membuat karangan,mengira darjah kepanasan air mendidih dan jugak belajar mengenal siapa Tok janggut.Tapi aku tak pandai takde la bengap sampai nak ikat tali kasut pon tak tahu.

Mujur aku tak pandai.Kalau pandai,kompirm kot bersaing ngan budak-budak STAR di MRSM nagn sekolah berasmara ne.Tak pandai pastu fail.Lepas fail kena buang.masuk sekolah menengah kebangsaan jugak.sama je kot.hoho.Memang jodoh dengan sekolah menengah kebangsaan jer la.hoho.

sudahlah,baik aku layan PES.Tata.

SEKETIKA DI PERJALANAN DI PAGI HARI

Suatu pagi, aku bangun awal seperti biasa untuk ke tempat praktikal. Perghhh.bagaikan bekerjaya. Aku hidupkan enjin motor.


“oh,sudah keluar matahari ”,aku memandang jam yang menunjukkan pukul 7.30 pagi.


Ehem..ehemm…vroom..vrom..enjin hidup.


Baca doa perjalanan.Mudah-mudahan sampai ke tempat yang di tuju.

Tarik pedal minyak.

Aku bergerak dengan tenangnya.


Sampai satu traffic light,lampu merah.


...

….

“eh bau apa pulak ne?”

“cis ,engkau wahai lori bandaraya. Pantang betol kebauan aku ini diganggu pepagi ini”.



Nota bawah kaki: lori bandaraya=lori sampah berada disebelah aku ketika menunggu angka giliran untuk lampu hijau

ANDA INGAT AFDLIN SYAUKI JERK ADA BIKIN CERITA SETEM?AKU PON ADA JUGAK

Wahhh..cuti hampir bermula.Banyak la pasni undangan orang ajak kahwin.TAK.Maksud aku, orang ajak memeriahkan majlis dengan memakan nasi minyak pastu kita membayar balik dengan menolong membasuh pinggan.Huahua.Sampai sekarang aku pelik kenapa la orang yang nak kahwin ne hantar kad kahwin tak lekatkan setem.

Bercerita pasal setem,teringat suatu ketika dahulu.

Zuppp..zuppp...zuppp..(time machine dihidupkan)

Pada suatu hari,masa tuh aku hanyalah sebaya 4 atau 5 tahun.Tak akil baligh lagik.Alaa waktu ketika permainan Tora tuh memang hangat dipasaran.Bak kata seorang member aku pada ketika itu,"tak remajalah engkau kalau tak pernah beli Tora,"ingat lagi aku kepada dia,nama glamer die amir kacang sebab mak dia jual kacang rebus.

Kembali kepada penceritaan sebenarnya,masa tuh aku tinggal di batu pahat memandangkan bapak aku sambung belajar.Jadi,berpindahlah setahun aku disana.Zaman budak-budak apa sangat la nak buat.Lelagik macam aku ne.Tolong mak aku memasak?takdeknye.Tolong sapu sampah?lagiklah.Nak hafal sifir?sampai sekarang sifir 5 pon aku tak ingat.

Jadi memang sepenuh tenaga aku akan dihabiskan dengan bermain.main jer kerjanya.Tapi ada suatu ketika itu,aku sangatlah bosan.Memandang kepada basikal roda masa tuh memang dah rasa sangat jemu.Sudah hilang minat terhadap basikal tersebut.Macam tak percaya kan?Tapi inilah realitinya.

Aku terpandang sepucuk surat.Muka depan surat tu ada setem.Ada 2 keping beb.Entah kenapa pengirim berbuat demikian sampai sekarang aku juga masih memikirkan sebabnya.Jadi aku dengan rasa ingin membuat kelakar,aku cabut setem itu.Aku gumpal-gumpal dan sumbat dalam hidung.Aku ingat nak hembus setem tuh kerana terpengaruh dengan cerita kombat-Black Hawk Down.Jadi untuk test kepoweran kuasa hembusan itu,aku test serangan ke atas mak aku.

"hiyahhhhh....",aku hembusnya.Keluarlah gumpalan setem itu dengan kelajuan yang tak dapat aku pastikan.Aku makin seronok.Jadi aku buat lagi untuk setem kedua.Aku gumpal.masuk ke dalam hidung.

"hiyahhh....hiyahhh..hhhhiiiyahhh.....",berkali aku hembus,tak keluar beb.Giler la.terlekat di dalam hidung.Aku gelabah.

"oh,matilah aku pasni..oksigen..oksigen..",aku lari kepada mak aku.mak aku pon gelabah.Memang takleh nak buang.Last-last dibawanya aku ke klinik.Dipendekkan cerita,doktor tuh buang guna macam besi cabut gigi tuh rasanya.Akhirnya aku selamat.

Jadi sampai sekarang aku kalau hantar surat,aku dah tak pakai setem dah.Aku pass kat orang jerk.Fobia.fobia.





nota bawah kaki:Selamat Hari Ibu,mak..Terima kasih sebab selamatkan apiz dari gumpalan setem.hehe

DUDUKKU BERSIMPUH SEMASA DENGAR KHUTBAH

Khabar..khabar..bertemu kembali..hoho.

Bila dah bukak post baru ne,kompirm dah ada cerita.kali ne Cerita yang berlaku adalah semalam, semasa nak sembahyang jumaat.

Apa yang der semua tahu mengenai KHUTBAH??kalau apalah yang aku paham, khutbah ini ialah sesuatu ucapan sebelom sembahyang jumaat yang mengandungi perkara-perkara yang penuh nasihat dan iktibar dan teladan untuk orang yang mendengarnya di masjid dan pula hendaklah pula disampaikan kepada orang-orang yang tak dapat datang mungkin kerana masalah jantina yang berbeza itu sendiri,kemalasan orang yang tak pegi dan mungkin juga mempunyai perkara-perkara yang membataskan seseorang itu dapat datang ke masjid.

Apa yang aku nak cerita ne cuma la pandangan aku sendiri.Aku bukan nak boikot khatib tuh pon.Tapi ne kali kedua kot aku bengang.Bengang sebab khutbahnye dalam bahasa arab.Siyes tak paham.Apakah maknanya kalau datang masjid untuk dengar khutbah,tapi majoritinya tak paham seh.Sia-sia ker ibadat tuh??AKu tengok khatib arabic tuh macam syok sendiri jerk. Tengok, kan dah terkeluar pandangan negatif. Aku dah la jenis cepat bermimpi siang ne. Ada jerk benda-benda terlintas. Giler2.

Aku bengang jugak sebab khutbah tuh lama nak abes..haha..takdek la.Tapi untuk 2nd round punya khutbah yang lepas khatib mesti duduk antara 2 khutbah yang jadi rukun tuh, aku respect jugak r.Beliau ada menjelaskan dalam English.Kalaulah aku duk engatkan yang peristiwa yang sama,pernah berlaku ketika dulu,hampir 1 jam kot khutbahnya dalam bahasa kebangsaan negara kurma.Tuh dah kira membebel sengsorang kot.

Jadi apalah motip ari ne, consider la pada golongan majoriti di kalangan kita semua. Aku bukan apa, khutbah tuh sebenarnya bukanlah saja2 diadakan bagi cukup syarat ke hape tapi memang untuk diambil pengajaran untuk diri sendiri. Barulah islam boleh maju. ne kalau setakat dengar jerk, samer jugak.hoho. Kekadang aku pon begitu.Insan lemah beb aku ne.

Maafla,sememangnya laman-lamun blog aku ne aku jadikan sebagai medium untuk menyampaikan kepada semua orang yang membacanya samada mereka pembaca yang mengakui kehadiran mahupun pembaca senyap yang tegar.haha.Aku dah pasang gadjet kat tepi, akan aku tahu siapa engkau.huhu.Bak kata pepatah: Mana yang baik,jadikan teladan,mana yang buruk tuh jadikan sempadan.

Sekali agik aku jelaskan, aku hanya SEKADAR memberi pandangan. Aku juga pernah membuat salah dan juga menggoreng karipap.

ADA CERITA PASAI PISANG GORENG,CERITA PASAI EXAM.bERITA SOKAN PON ADA.


hai semua..hoho..dah makan sarapan belom?

ok la..hari ne,hari rabu.Minggu depan ari isnin dah stat exam.Giler ah.Still tengah mencari panduan dan pedoman ketika ne.Semalam dah try untuk study satu paper.Maksud aku just buat past year jerk ah.Nak kata dapat jawab abes tuh,boleh r jugak.cuma ada la beberapa soklan yang aku songlap yang aku tak tahu.Payah Kot.Giler2.hoho.

Sem ne aku akan jawab 4 Paper.3 Paper dari kos aku dan 1 paper english level 300.Untuk perancangan sem depan,engatkan nak amek ko-k.Rupenya dah terlambat beb.Aku tak tahu pon bile keluar tawaran tuh.Sebab macam dulu,aku perasan r jugak kat office Ko-k ne,ada orang ramai2 beratur macam nak beli pisang goreng(giler ah,tersebut plak pisang goreng ketika ne,sodap2..)tapi lepas office ne dah pindah kat area yang jauh dari pandangan,memang tak tahu.Takder plak kaki-kaki ronda buat pengumuman macam hari manifesto pilihanraya hari tuh.Sampai naik bosan aku dengar.Sampai malam kot,diorang kempen(yang merah dah masuk ceritera lain)

Lepas subuh macam bese,aktiviti yang menyihatkan kepala otak lepas subuh adalah dengan tido kembali.Perghhh.Dengan angin sepoi2,ada plak selimut..Memang besh.Tido punya tido,pukul 9.30 aku bangun.Rutin harian kalau dah bangun pagi,membaca surat khabar free.Maapla,aku bukan baca bukan surat khabar yang aku rembat,tapi aku baca online jerk ne hah tipah oi.Free pon free.Jimat duit aku 70 sen kalau aku beli Kosmo dan jimat RM 1.50 kalau beli berita harian.Aku bukan la berkira mana sangat pon pasai duit ne tapi memandangkan ne dah abes sem,aku harap kalian paham.Anda juga mungkin mengalaminya.hoho

Part surat khabar yang aku akan mula-mula baca,Part Sukan.Aku rasa der-der semua patut tengok ne.Aku usulkan sedikit berita sokan untok kalian semua.hoho.



Untuk pembesaran klik r beb.Benzema bakal menyarung jersi Man u??Berbatov akan dijual abis musim ne??Aku rasa gembira dengan keputusan Fergie nak beli benzema tuh.Kalau kalian bukak surat kerbau ari ne,david silva pon bakal dibeli.Besh2.Manchester yang selama ne xdek player dari sepanyol,akan berubah pada musim depan.Tapi kes berbatov yang akan dijual tuh sebenarnya aku tak suke sangat.Aku tak suke bila player dijual.Sedeh beb.Tapi takkan la nak buat macam Real Madrid.Sarang semak.Beli player ramai-ramai+STAR pastu tak pakai.Kalah plak tuh.haha.Apekehel nyer yop?? Ok,tamat berita sokan.

tamat berita sokan kat atas tadi,tamatla sudah apa yang aku nak cerita hari ne.Motip??haha..Takdek pon.saja nak post sebab nak kasik terupdate sket laman lamun sengsawang ne.hu.nanti ada cerita lain plak aku cerita.OK beb.Aku engat nak layan cendol hari ne.Sapa nak join,bagitahu aku.Gerak samer2.Hu.DaDa..

TRANSFER RUMOURS:bakal mengubah permainan RED DEVIL??

Tadi aku bukak la portal Man u ne.Ada part yang menarik mata memandang.PEMBELIAN PLAYER YANG BAKAL MENYARUNG JERSI RED DEVIL.Aku pon takmo la cakap banyak,lu tengok sendiri la der.



untuk pembesaran secara perkembangan,sila klik gambar.




KATA dari idong:Aku tak sanggup lagik nak kena boo ngan Fan chelsea ne.Naik berbulu kot.adoi.

ALAA KO NE,KEJAP ADA,KEJAP TAKDEK




Selepas berakhirnya 90min plus 4 min extra time, manchester united akhirnya kecundang. Aku giler frust kot. Kekalahan 2-1 ke atas chelsea sememangnya mendukacitakan. Peluang untuk menjulang EPL musim ne bertambah payah memandangkan balance perlawanan ada lagi 5.Adoi.


"apa pendapat anda mengenai perlawanan tersebut?", tanya shebby singh kepada aku ketika sesi temubual tadi.


"saya rasa sebenarnya kita memang menguasai keseluruhan perlawanan memandangkan chelsea banyak bertahan dengan taktik clear tanpa arah tujuan.Tapi kelebihan bola clear itu juga sebenarnya menyebabkan gol offside yang membawa kemenangan chelsea dalam babak separuh masa kedua.Tapi saya mahu juga memberi pujian ke atas skuad Alex ferguson atas pergerakan yang terancang dan menarik.Kita kalah tetapi tetap bermaruah."



"pada pendapat saya, percaturan sepatutnya yang dilakukan Ferguson adalah dengan meletakkan pemain pada posisi seperti dalam carta-cartu di bawah ini"



"Nani sepatutnya dimasukkan lebih awal kerana kita boleh mendapati dengan kehadiran beliau, pergerakan dan percaturan serta peluang itu lebih terbuka.Giggs dan park sepatutnya bertindak lebih kepada attacking midfielder untuk menyokong gerakan berbatov dihadapan."(macam pro jerk..padahal belasahan jerk aku ne..secara langsung la katakan)


"jadi apa jangkaan anda mengenai juara EPL musim ne?"

"hurmm..agak sukar juga saya mahu beritahu memandangkan Arsenal juga beraksi cemerlang pada ketika ini.Liverpool memang dah tak boleh kejar dan tak mampu lagi(dengan setibanya dan selambernya aku gelak ketika temubual esklusif secara langsung itu)."


sekarang bolehla kiranya saya menunjuk situasi-situasi lintas langsung ketika tadi. Keadaan stadium takdek yg terbakar setakat ne.hehe.




keadaan yang hiruk pikuk di laluan Tun sabanthan ke jalan Chong Leng



Harga yang perlu dibayar untuk hanya melihat sekadar kekalahan.Oh.oh.



kelihatan ada golongan yang sugul dan ada yang gembira.aku golongan yang sugul.time kasih





okeh bebeh, abang nak beli ubat gigi dulu.cau.

BADUL PERNAH BERKATA;"bukan aku la makan pisang goreng engkau"







aku belajar untuk menjadi seorang yang positif
..hemo..hemo

PERNAHKAH ANDA TAHU, SYARIFAH RAM-RAM PON SAMBUT EARTH HOUR





Time earth hour ne macam-macam boleh terjadi kot.Korang tengok sendiri la apa yang terjadi.Malas den nak cito lagi eh..Maso ne den bizi dengan submission drawing den ne hah.


Mak aih.


memang agak bersepai masa di keadaan kekalutan





cadar lari alignment.Gambar diambil pukul 5.05 pagi.



PENGUMUMAN: den ne bukan anok nogori. Mak aih

SAYA BUKAN LAH SEEKOR BERUANG

klik untuk pembesaran



Ini berita yang baru penulis membacanya seketika tadi.Memang kompirm sesudah 4 tahun amek kursus perguruan posting ke pedalaman.Tak pun sabah+sarawak hujung sana. puhh."saya ni biasa duduk di kawasan bandar,macam mana saya nak survive di sana?",kata seorang pelajar.Eyerlah,dah ayam-ayam lama(guru-guru lama) sudah memenuhi kuota di kawasan bandar-bandar.TUKANG KEBUN JERK KOSONG,DIK.




arghh..saya mintak bandar aman,tapi dapat kampung aman




sebenarnya bagi diri penulis,keadaan bandar dan pedalaman XDEKLAH jauh berbeza SANGAT.Bukan semua kelemahan dan keburukan berada di pedalaman. Penulis tahuLAH semua ini sebab penulis sendiri pada ketika bayi-bayi dulu memang membuat kuih guli-guli di kawasan kampung.


Tapi apa masalahnya berada di kampung?Diorang bercakap juga.Disana makan nasik juga.Apehal ko yop.Bezanya yang ketara ialah banyak pokok ngan kurang pokok jerk kot.Nak kasik nampak bandar, tebang la pokok tuh.(kompirm di kejar oleh penghulu.Hu)


Pepepon, anda try test tengok dulu, suasana dan situasi itu akan membuat anda gembira bersama kerakyatan anda.



Satu Malaysia.



selamat berjaya menseswaikan diri anda.All the best.


titik







PERJUANGAN KU DISINI MASIH BELUM SELESAI

Semenjak 2 menjak ne,penulis tetiba merasakan diri penulis sangat tertekan.Dengan assignment,masalah cintan cintun dan begitulah.Hoho.Nak lihat bagaimana penulis menangani pemasalahan ini dengan cara separa berkesan,bolehlah merujuk gambar gajah di bawah ini.


........................................................................................................................................


perhatikan player no 16 berbaju putih,siapakah gerangannya??haha




jeng..jeng..jeng..(selepas score)



.

"amek ko pasukan jahat,kalah la korang",kata pemain tersebut




carta pai kebersihan bilik darjah.Penulis-menyapu pada hari rabu




sebahagian highlight perlawanan




lihat jaringan tersebut.Btoi-btoi bucu tuh beb..haha




eyah2..haha..kompirm score la..hoho




UNTUK TUMBESARAN YANG BERKESAN,BOLEHLAH ANDA KLIK PADA GAMBAR TERSEBUT.(SAYA DAH BAGI MAKAN CENDAWAN DAH)




P/S:terima kasih PES 2010 sebab mengisi masa lapang aku dengan separa berkesan.haha




.






POST SELEPAS SEKIAN LAMA MENYEPI

Kali ni aku jadi seronok nak berceritakan lagi story mengenai penulis semasa di sekolah asrama dulu.

Hari khamis memang sentiasa dinantikan setiap makhluk yang duduk di asrama.Hari last pembelajaran bagi wilayah pantai timur dan juga kalau dah hujung minggu tuh,memang kompirm boleh balik memandangkan sekolah penulis bukanlah sangat kejam untuk tidak membenarkan para pelajarnya bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu.Penulis biasanya tak balik.

“apa barang balik”, kata penulis ketika ditemubual.

Perkara yang memang sentiasa dinantikan selepas abes membuat origami di dalam kelas ialah memikirkan lauk apa untuk tengahari tersebut. Memang hari khamis ialah satu hari yang mempunyai menu yang bapak dia besh. Kalau tak nasi minyak,menunya mesti nasi ayam.

Kekadang sembahyang zohor berjemaah yang menjadi aktiviti wajib sebelum dibenarkan balik pun boleh menjadi huru hara. Bayangkan tok imam a.k.a ustaz yang sepatutnya mengetuai sembahyang terpaksa pula menjadi pengikut di saf belakang sekali memandangkan setiap kali sembahyang zohor pada hari tersebut memang sedikit dimulakan awal setelah mendapat persetujuan daripada jemaah-jemaah yang sedang kelaparan. Bacaan doa yang selama ini agak panjang tetiba telah di summary setelah mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam subjek English-“Let’s summary this things”(aku main bantai jerk ne).

Sekarang di lokasi kejadian iaitu kafe. Penulis yang kebiasaannya akan berada di barisan hadapan tapi mungkin tidak pada hari tersebut. Memang sudah berdirinya makhluk-makhluk yang sedang kelaparan untuk mengambil nasi. Untuk makluman semua, pengambilan nasi di kafe penulis adalah secara manual. Maknanya, boleh la ambil seberapa banyak nasi pun. Tapi lauk tak bolehla.Karang tiada lauk, tiada lagi kemanisan pada nasi tersebut.

Nasi yang akan diletak dalam 2 tong yang besar tuh boleh abes. Memang boleh nampak terdapat bukit-bukit di atas tray setiap makhluk disana.

“Wei,tinggi bukit ko”, salah satu dialog yang penulis dengar ketika itu.

Sebenarnya ada sebab juga untuk setiap perbuatan tuh.Hari khamis juga mempunyai lauk yang paling sangat tak besh untuk menu makan malam-LAUK KARI DUGONG.

Await?terkejut?tuh takdelah daging dugong betol tapi daging ikan yang macam bulat-bulat buntal. Serius beb, memang tak sodap. Muat kot. Tapi aku heran gak la, padahal boleh jerk goreng ikan tuh. Boleh tahan jugak r. Ne sebe boleh nak jugak buat kari tuh. Adoi.Dunia,dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...