mereka membaca dan mengikuti, anda??

KEKADANG PERMAINAN BADMINTON PUN BOLEH MASUK MAHKAMAH




Melayu memang patut dilabelkan “manusia mudah lupa”.Kalau boleh buat frame gantung kat bilik lagi bagus.”eh engkau.Eyelah engkau yang tengah baca post ne.Engkau manusia mudah lupa tak?”

Tadi penulis ada terbaca kisah penceraian Roslin hashim, pemain badminton Malaysia dengan bekas isteri,Faezah.Bodohlah nak sampai claim duit RM50 ribu plus plus macam tuh.Insan lelaki pula yang meminta tuh.Giler la.Bukan engkau ker yang memulakan siri al kisah pencintaan yang hebat tuh?Bukan ker engkau ker yang cakap,” hanya U saja di hati i”?Bukan ker engkau yang mula membuat keputusan untuk berkahwin?

Sekarang,

Engkau yang meminta penceraian.Engkau yang memulakan peretakan hubungan antara engkau dengan bekas isteri engkau.Engkau tanpa segan meminta ganti rugi perkahwinan.”wei,awek engkau tuh macam mana?”.Kenduri dia pun pakai duit,bukan pasir.Engkau yang salah tapi nak lebih-lebih.Penulis memang tak boleh pergi dengan lelaki jenis macam ni.Mungkin ini la satu sebab mengapa ramai perempuan mempunyai berprasangka buruk terhadap lelaki mengenai keikhlasan hati insan bernama Ahmad lelaki binti Fatimah Alba

“wei lelaki,berubah la.Diri engkau yang tak betol.Bukan orang lain,”kata penulis semasa sidang temuramah oleh Majalah Gosip-Gosip.


BILA AIR SIRAP DAN AIR LIMAU DICAMPUR,APA AKAN JADI?

Setiap hari masalah datang dan pergi umpama jumlah orang yang melawat zoo negara pada setiap hari. Masuk pukul 11 pagi dan keluar abis melawat pukul 3 petang untuk sembahyang zohor. Begitulah arus kehidupan seorang manusia iaitu kita. Masalah datang dan timbul apabila terdapat konflik dalam diri. Sebagai contoh, impian atau harapan yang kita harapkan dari suatu tidak kesampaian. Dinyatakan disini, kita misalnya nak makan sushi, last-last tak jumpa kedai sushi (entah apa kaitannya, saudara pun bukan). Okey, tadi tuh sebagai intro sahaja.


Tamat bahagian intro.


Menceritakan tentang masalah, memang setiap kita semua mempunyai permasalahan .Kita sendiri memang tidak dapat mengelak diri daripada itu.Orang yang lari dari masalah ialah orang yang sentiasa mengambil jalan yang mudah.Orang yang mengambil jalan inilah sentiasa menghadapi masalah yang sama.Sentiasa berulang-ulang tanpa ada sebarang penyelesaian.Ya, aku memang setuju setiap masalah mesti mencari jawapannya.Tapi caranya bukannya datang dari orang lain tetapi diri kita sendiri.Kita sendiri yang patut mengubahnya. Kita yang menjadikan perkara itu menjadi satu masalah .Tuhan telah mencipta nafsu.Dalam diri, nafsu keinginan yang berbeza dari orang lain itulah menjadikan masalah. Inilah sebenarnya uniknya seorang manusia. Masalah ini yang membentuk jalan-jalan kehidupan kita. Membentuk keperibadian seseorang itu.Baik dan buruk seseorang itu dijawab bagaimana seseorang itu mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah mereka. Walaubagaimanapun, ada yang berjaya malah ada yang tewas dalam perjalanan itu.


NOKOTTA.Satu perkataan jepun yang baru aku belajar hari ini. Nokotta membawa maksud keputusan menang atau kalah masih belum dapat ditentukan.Kita sentiasa akan menang selagi kita tidak berputus asa dalam menghadapi sesuatu.Selagi ada keinginan dalam diri dengan tujuan yang baik, kita akan berjaya. Seorang pejuang yang tidak berputus asa, dia adalah seorang pemenang tetapi sekali mereka mengambil sikap berputus asa dan malas berusaha, mereka terdiri orang yang gagal dalam hidup. Merekalah orang yang sentiasa rugi sedangkan kejayaan itu sudah ada didepan mata.Hanya perlu mengambilnya sahaja. Jadilah seorang yang pekak orangnya. Melihat dengan matanya sendiri bukannya mendengar dari orang lain bagi menentukan sebarang keputusan. Jangan jadi seorang buta yang masih terpinga-pinga mencari jalan sendiri dan mengharapkan bantuan orang lain untuk menentukan kehidupan bagi dirinya.


Percaya dan yakinlah dengan diri bagi setiap tindakan yang telah di ambil selagi kita ikhlas mendapatkannya.Berusahalah selagi adanya masa, adanya kesempatan untuk kita melakukannya. Sesungguhnya tuhan sentiasa memberkati perjalanan seseorang yang mempunyai niat yang murni dan sentiasa berusaha. Tawakal dan pasrahlah bagi setiap jawapan yang diperolehi.Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui mana yang baik dan buruk bagi setiap makhluknya.

aku sentiasa yakin adanya peluangku bersama dia.

BAYANGKAN KALAU SALMAN KHAN BERLAKON CERITA HANTU MELAYU?MESTI TAK SENONOH.


Penulis dapat merasakan memang engkau sudah sebati dan tepu dengan cerita hantu.Memang boleh dikatakan kalau buat pertandingan cerita hantu peringkat kebangsaan semestinya akan menjadi pertandingan yang sangat sengit bagi merebut hadiah utama pertandingan iaitu sebuah Proton Exora 1.6.Tapi pernahkah ia berlaku kat engkau yang sebetulnya.Mak penulis pernah cakap sewaktu dulu masa beliau di asrama Maktab Perguruan Sultan Idris atau yang dikenali sekarang UPSI beliau memang pernah dinampakkan la aktiviti-aktiviti barang-barang paranormal ne.Baldi bergerak sendiri malam-malam la,gambar muka orang tengah mengintai la.Tapi tak tahu la setakat mana kebenarannya.
Kali ini,kali pertama penulis akan menyampaikan sebuah cerita yang memang betol-betol berlaku kepada diri penulis sendiri.Sebelum penulis memulakan penceritaan,sila baca notis:

“BARANGSIAPA YANG BERHUTANG PENULIS RM 45.70,SILA BAYAR,TERIMA KASIH”
Al kisah kisah ini berlaku tahun 2006 sewaktu penulis menuntut di kolej matrikulasi johor.Bilik penulis rasanya kalau tak salah 4-28 blok Al kindi.Kedudukan bilik ini sememangnya terletak di hujung bersebelahan tangga.Gunung ledang tuh memang boleh nampak dari blik penulis.Belakang bilik ini memang hutan.Hutan yang dipenuhi kelapa sawit yang masih belom diterokai.Memang hijau mata memandang.Tapi bukan point ini penulis mahu highlight-kan.


Pada suatu malam, hujung minggu, sememangnya aktiviti hang out meronda-ronda seluruh kawasan pendudukan warga penduduk kolej menjadi aktiviti kewajiban bagi setiap insan bernama pelajar binti anak muda.Ketika itu entah bagaimana salah seorang sahabat penulis dikenali epul (wei epul,aku promote nama ko ne), seorang yang agak mulut terlepas(hamik ko) menceritakan bab-bab barang paranormal.Tetiba sahaja topik ini menjadi titik pertemuan antara kami ber-8 (Penulis, Nabil, Nobit, Acap, Capt ,Abadi, Epul dan monkot) untuk berkata-kata.Penceritaan tersebut terbawa-bawa sampailah penulis tidur pada malam itu.


Untuk dijadikan penceritaan,kejadian itu berlaku ketika penulis berperasan penulis sedang bercakap dengan seseorang.Macam mimpi lah.Tetiba dengan tak semenanya,penulis terjaga.Keadaan memang sunyi ketika itu.Keadaan diluar memang agak gelap.Tapi pandangan penulis tertuju kepada sesuatu.Seperti orang,berwarna hitam dan sedang duduk disebelah katil penulis.Dalam keadaan mamai ketika itu,penulis tidak menjangkakan sesuatu yang pelik sampailah “barang” tersebut bertanya kepada penulis,
“Kenapa senyap?Sudah bangun yer”,ringkas dan padat.Penulis jadi kaget mendengar suara perempuan di dalam bilik penulis.Eyer.Memang suara perempuan.Memang dapat disahkan.Penulis hanya mampu berdiam diri sahaja.Engkau nak mampus ker nak bersembang gosip-gosip artis dengan “barang” itu.”Apa barang beb”.Pada kemuncak konfliknya,”barang” paranormal tersebut meinta untuk melihat muka beliau.”Setan ko,aku tak nak mampus nak tengok muka ko”, inilah kata-kata yang diucapkan dari penulis tapi sekadar dari hati jerk la.Untuk kemuncak konflik kali kedua lagi,penulis dapat merasakan sesuatu naik diatas katil iaitu muka menghadapi muka.Memang penulis dapat merasakan memang ada benda yang dekat dengan diri penulis.Oleh itu penulis hanya mampu memejamkan mata sahaja.langsung tidak berani untuk membuat apa-apa.Situasi itu berlarutan sehingga 2 minit menyebabkan penulis berasa geram memandangkan masa tersebut penulis bermimpi berjumpa dengan nora danish terbuang begitu sahaja.Penulis menjadi sedikit berani.akhirnya penulis tekad untuk menolak barang tersebut dari atas katil penulis.


Selepas membuka mata sejurus itu,memang didapati memang tiada apa-apa.Penulis yakin dengan kejadian itu sememangnya berlaku.Setakat mana engkau percaya akan kebenaran tersebut,terserahlah.

eh kejap.Engkau ada nampak limau aku tak?Hilang plak.Tadi ada.

AGAKNYA ANAK BULAN MUHARAMM NE ADA TAK HUBUNGKAIT DENGAN HARI RAYA CINA?

Salam muhibah dan salam satu malaysia buat semua pembaca tegar blog saya-henchik-ikang ini. Sekian lama tidak mencatit sebarang catatan pada laman ini membuat ramai yang tertanya-tanya mengapakah beliau membuat begitu? Siapa yang menggangu beliau? Beliau telah dimakan semut kah? Dibunuh oleh Mona Fendi kah? Oh tidak,aku masih ada disini,ada di dunia ini,ada di atas katil sedang tidur.Tidak.Ini aktiviti setengah jam tadi.


Pada mulanya memang aku mahu menutup terus perniagaan jualan langsung ni.Bukannya apa.Memang banyak sebab,antaranya:

1: Sebab paling gaban tahap khinzir,internet di USM ne memang macam harem.Aku langsung tidak dapat mengakses pada network USM ne.Menurut sahabat aku ne beliau bercakap,kalau kau duduk tinggal atas memang senang dapat online.Untuk pengetahuan semua, aku sekarang ini hanya berada pada tahap tingkat 3 sahaja.Dan untuk perkiraan,terdapat 7 tingkat balance tinggal.Aku tak percaya,jadi aku singgah berhari raya di bilik beliau sambil menghabiskan kerepek-kerepek,ketupat nasik dan sebagainya.Memang aku tak percaya,memang betol Nora danish mungkin akan kahwin lagi,menurut salah satu berita KOSMO pada hari itu.Kembali pada landasan,pencapaian internet pada tingkat yang atas memang boleh dibanggakan.Tapi takkan la aku ne nak menginap selamber jerk kat beliau ne.Tak stylo la kan macam tuh.Jadi aku kekal pada tingkat 3.


2:Emosi aku tak stabil.Semenjak kebelakangan ne,aku tak tahu samada perasaan aku ini dalam kalangan gembira atau sedeh.Ok,no komen.


3:Fulus berkurangan.Cyber Cafe atau dikenali cc memang berlambak dekat luar USM ne.Ada la orang berkata,pergi la cc,online.Aku termenung.Oh bahagianye kalau kahwin 2,inilah dialog dalam siri Aduhai Saleha yang tak tahu bila nak publish.Aku tak mahu kahwin 2.Haha.Banyak benar aku meraban ne.ish3.sambungan...Aku hanya memandang sisi dompet aku kerana aku langsung tidak berani melihat isi didalamnya.Aku harap kalian faham.


4:Kerja berlambak yang langsung tidak pernah berkurangan.Salah satu sebab juga ne.Aku memang akui,bukan aku seorang sahaja yang sibuk,tapi orang lain juga sama tapi boleh jer update blog mereka sekalian.Aku nak tanya pula berapa pointer diorang tuh.haha.Tapi pointer aku pon macam diorang.jom gelakkan henchik ikang yang berkata.haha.kuwang3.


5:Paling last,mulut-mulut orang..Ada la satu makhluk ne yang merupakan pembaca blog ne berkata”wei,apsal tak update blog?Dah kering idea ker beb?”.Aku dengan kadar pencahayaan kilat menjawab,”takde la kering,kosong jer”.



Tapi memandangkan terdapat beberapa permintaan dari seberapa orang,aku dengan ini bernama,Henchik Ikang binti Penyu akan kembali untuk MENULIS......tahniah.tahniah.Tapi jangan terlalu mengharapkan penceritaan yang baru dalam masa sekejap yep.Haram kalian memahami.


"SAYA SAYANG BLOG SAYA"

Sekian,

dari meja bulat penulis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...