mereka membaca dan mengikuti, anda??

AGAKNYA ANAK BULAN MUHARAMM NE ADA TAK HUBUNGKAIT DENGAN HARI RAYA CINA?

Salam muhibah dan salam satu malaysia buat semua pembaca tegar blog saya-henchik-ikang ini. Sekian lama tidak mencatit sebarang catatan pada laman ini membuat ramai yang tertanya-tanya mengapakah beliau membuat begitu? Siapa yang menggangu beliau? Beliau telah dimakan semut kah? Dibunuh oleh Mona Fendi kah? Oh tidak,aku masih ada disini,ada di dunia ini,ada di atas katil sedang tidur.Tidak.Ini aktiviti setengah jam tadi.


Pada mulanya memang aku mahu menutup terus perniagaan jualan langsung ni.Bukannya apa.Memang banyak sebab,antaranya:

1: Sebab paling gaban tahap khinzir,internet di USM ne memang macam harem.Aku langsung tidak dapat mengakses pada network USM ne.Menurut sahabat aku ne beliau bercakap,kalau kau duduk tinggal atas memang senang dapat online.Untuk pengetahuan semua, aku sekarang ini hanya berada pada tahap tingkat 3 sahaja.Dan untuk perkiraan,terdapat 7 tingkat balance tinggal.Aku tak percaya,jadi aku singgah berhari raya di bilik beliau sambil menghabiskan kerepek-kerepek,ketupat nasik dan sebagainya.Memang aku tak percaya,memang betol Nora danish mungkin akan kahwin lagi,menurut salah satu berita KOSMO pada hari itu.Kembali pada landasan,pencapaian internet pada tingkat yang atas memang boleh dibanggakan.Tapi takkan la aku ne nak menginap selamber jerk kat beliau ne.Tak stylo la kan macam tuh.Jadi aku kekal pada tingkat 3.


2:Emosi aku tak stabil.Semenjak kebelakangan ne,aku tak tahu samada perasaan aku ini dalam kalangan gembira atau sedeh.Ok,no komen.


3:Fulus berkurangan.Cyber Cafe atau dikenali cc memang berlambak dekat luar USM ne.Ada la orang berkata,pergi la cc,online.Aku termenung.Oh bahagianye kalau kahwin 2,inilah dialog dalam siri Aduhai Saleha yang tak tahu bila nak publish.Aku tak mahu kahwin 2.Haha.Banyak benar aku meraban ne.ish3.sambungan...Aku hanya memandang sisi dompet aku kerana aku langsung tidak berani melihat isi didalamnya.Aku harap kalian faham.


4:Kerja berlambak yang langsung tidak pernah berkurangan.Salah satu sebab juga ne.Aku memang akui,bukan aku seorang sahaja yang sibuk,tapi orang lain juga sama tapi boleh jer update blog mereka sekalian.Aku nak tanya pula berapa pointer diorang tuh.haha.Tapi pointer aku pon macam diorang.jom gelakkan henchik ikang yang berkata.haha.kuwang3.


5:Paling last,mulut-mulut orang..Ada la satu makhluk ne yang merupakan pembaca blog ne berkata”wei,apsal tak update blog?Dah kering idea ker beb?”.Aku dengan kadar pencahayaan kilat menjawab,”takde la kering,kosong jer”.



Tapi memandangkan terdapat beberapa permintaan dari seberapa orang,aku dengan ini bernama,Henchik Ikang binti Penyu akan kembali untuk MENULIS......tahniah.tahniah.Tapi jangan terlalu mengharapkan penceritaan yang baru dalam masa sekejap yep.Haram kalian memahami.


"SAYA SAYANG BLOG SAYA"

Sekian,

dari meja bulat penulis.

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...