mereka membaca dan mengikuti, anda??

EARTH HOUR PUNYE PASAL

Kempen Earth Hour ialah kempen orang tutup lampu utama contohnya lampu stadium,lampu kat stesen minyak,lampu minyak tanah,lampu picit dan juga lampu signal kereta.Yang ne yang aku faham la.Aku ne pon buta kempen gak sebenarnya.Earth hour ne diadakan pada 28hb pada pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam serentak ngan beberapa buah negara yang turut menyokong kempen ne seperti Republik Congo,Kepulauan Miami dan beberapa negara kecil yang aku rasakan segan nak bagitahu kat sini.Jadi untuk entri kali ne,pertama kali aku akan ceritakan pengalaman pertama aku menyambut Earth Hour ne.


Sehari sebelum kejadian-27hb April 2009


Aku:Mat,jom yok join earth Hour ne.Esok yok.Support kempen.
Mamat:Aku no hal.Ko jangan menangis plak bergelap esok.Haha
Aku:Haram ko mat.Dem!!


Hari kejadian


Jam waktu tuh pukul 8.15 malam.Entah macam mane tetiba perut aku memang meragam gegiler ah.Serius beb.Aku pon tak tahu dedak itik mane aku rembat petang tadi.Oleh kerana daya penahanan najis aku semakin rapuh,aku pun pegi la melepaskan hajat.Memang dah tak tahan sangat la orang cakapkan.
Ngah layan melepaskan hajat tuh,tiba-tiba.
Tuppppp...Lampu toilet terpadam.

Aku:Woi,ade orang la dalam ne.Bukak balik lampu tuh.
Orang 1:Support Earth hour.Support..support..Haha



P/S:Orang 1 tuh dibawakan dengan watak yang paling cemerlang oleh rumet aku,MAMAT.HARAM KO MAT..

0 Mengigau membuat liputan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...