
Dengan ini Am merangkap pekebun lipan tidak sengaja tag
Nota bawah kaki:Sila Menkomen.(Sila klik pada gambar untuk tumbesaran gambar yang berkesan)
.
Tengah-tengah menukar chanel,aku tertekan tv 1.Perlawanan Liga Malaysia antara PROTON ngan PKNS.Kesian gile la liga Malaysia ne.Dalam tempat duduk kat stadium tuh,hanya beberapa ketul si beliau-beliau ne yang datang menengok LIVE.Pastu aku tukar chanel 812.Bola sepak penjajah HULL CITY ngan STOKE CITY.Team yang baru dinaikkan divisyen 1 English Premier League.Penuh satu stadium.Setahu aku la,tiket nak masuk stadium diorang pon bodo-bodo £100.Tuh belom termasuk coca-cola ngan kerepek-kerepek lagik.Tapi yang Malaysia ne tiketnya baru RM10.Campur dengan kebab ngan air baru RM5.Tapi tak ramai yang datang.Pelik jugak.Await lagu tuh?
Aku menukar chanel tv 1 balik.Memerhati serangan dengan pertahanan liga Malaysia ni.Cehh patutla.Defend pun sepak bola pun tak kene.Nak kate glabah sebab pe.Orang kat stadium pun takdek.Yang menjerit-jerit menyokong lagi la takdek.Player yang pakai no 7 yang biasanya dikategori STAR dalam team,Hampeh.Gelek-gelek bola pastu dah kene rampas.Lemah-lemah.Main bola apa macam tuh.Referee pun nak tiup wisel pun macam tuh jerk.Pettttt..Game yang membosankan.Rasanya kalau Referee tuh nak bagi card pun kena menanye,”Ko pakai no ape?aku nak bagi yellow card ne”,eyelah sebab memang haram tak kenal pun player.Aku lagik la.Yang aku kenal pun yang btoi-btoi main untuk Team Malaysia.Tapi tak semua.Kiranya beruntung sebab masih ada orang kenal.FAM sibuk nak rombak pentadbiran nagn coach.Padahal tuh bukan masalahnye.Promotion Liga Malaysia ne sangatlah kurang.Sekurang-kurangnya buat promotion suruh orang datang stadium.Buatlah event dekat luar stadium sebelom game.Barulah player semangat nak main pastu diorang akan bersungguh-sungguh.baru betol beb.
Nota bawah kaki:Man U versus Man city malam ne.Bola sepak penjajah menguasai diriku.
.
Sori beb.Memang post kali ni memang terlalu sensitif.Tapi malangnya bukan pasal tajuk ne aku nak bercerita.Cerita lain.Sekarang,aku nak korang-korang baca dan ambil sedikit perhatian dengan apa yang aku nak bercerita kali ne.
Cikgu: Melayu bin Anak Malaysia sila angkat tangan.
Melayu:Kenapa cikgu?Ada masalah dengan saya ker?
Cikgu:Boleh saya tanya satu soalan?
Melayu:Alaaa..Tanye jerk.Memang kompirm boleh jawab.(SIKAP yang buruk:Berlagak)
Cikgu:Anda seorang yang pentingkan diri sendiri?
Melayu:Biasa la tuh.Tak melayu la kalau tak pentingkan diri sendiri.Bodoh la(SIKAP buruk:Bodoh sombong,Pentingkan diri sendiri)
Tetttt..Bermula la kisah
Tadi aku pegi la smayang jumaat.Dah memang hari jumaat.Sedang aku tengah berzikir-zikir nak tunggu khutbah start(Penggunaan gaya bahasa metafora digunakan pada ayat ini.Sila bulatkan kesalahan),ada la sorang pakcik ne dengan muke selamber dugong boleh beliau ne menukar function kipas tuh mengipas kat port tempat beliau sorang jerk.Alaa.Kan kipas tuh boleh kita statikkan kipas tuh mengipas satu arah saje dengan menekan satu butang.Padahal,memang asal-asal kipas tuh mengipas ke arah kiri dan kanan.Beliau yang teramat ‘mulia’ ne selamber jerk buat macam kipas sendiri.Nak kata beliau beli kipas tuh,memang tak sebab memang aku tahu harta-harta dalam masjid ne henchik masjid yang punye.Hak milik peribadi.Yer la,aku tahu la panas.Aku pon panas gak.(makin panas sebab makan dalam kat beliau ne).Tapi aku bukan la nak sangat rasa kipas tuh sangat.Bukan la kena maner pon anginnya.Tapi ramai jugak orang lain boleh merasa angin kipas tuh kalau kipas tuh bergerak kiri-kanan.Dah nama sembahyang jumaat.Memang la ramai orang.Mesti beliau ingat sembahyang jumaat ne sembahyang sorang-sorang.Kantoi bodoh tak pernah pergi sembahyang jumaat.Time tuh nak jerk aku sound pakcik tuh.Tapi aku bukan melayu yang suke sound orang ne.Bodoh jugak kalau orang yang suke sound-sound ne.Eyerk la,diri sendiri tak betul.Tapi aku rasa memang tindakan si beliau ne salah.Sepatutnya,pepaham la.Diri sendiri rasa panas,orang lain?


Park yang disambut oleh Fletcher ketika meraikan jaringan
Sekarang Manchester mempunyai bekalan selesa dengan aggregate 2-0.Tahniah Park Ji sung.Permainan diteruskan lagi memandangkan suku permainan pun tak habis lagi apetah lagi nak cukupkan 90minit itu.Kita teruskan lagi.Arsenal yang diketuai Fabregas mula kelihatan tertekan.Adebayor juga begitu.Bola kini dikaki van Persie.Dibawanya ke gawang Manchester.Dengan mudah Van der Saar mengambil bola tersebut.Strategi mula diatur,Manchester perlu bermain dengan agak laju pada ketika ini memandangkan Pemain Arsenal bagaikan mengamuk bak kata pepatah,pijaklah cili ditaman bunga yang saya juga tak tahu maksudnya apetah lagi mempunyai kaitan dengan perlawanan genting seperti sekarang.
Sekali lagi Park membawa bola di sebelah kanan,pass kepada Ronaldo.Oh tidak,Ronaldo dijatuhkan oleh player Arsenal.Saya tidak nampak pula siapa yang menjatuhkan Ronaldo itu.Free-kick pada jarak yang agak jauh juga.Ronaldo mengambil sepakan tersebut.
Dan Goal sekali lagi oleh Manchester United.Oh What the game.Kelihatan penyokong Manchester menyorak kegembiraan di gerai-gerai mamak mahupun di stadium disana.Penyokong Arsenal mula menyorok bendera percuma yang diberi.Segan katanya.
Oh,kalau beginilah permainannya,Manchester mampu memalukan Arsenal di gelanggang sendiri.Nampaknya,kelihatan ramai penyokong Arsenal mula meninggalkan Stadium kerana tidak menahan malu disorak dan diejek oleh para penyokong Manchester yang bagaikan lembu di luar kandang kerana terlampau gembira pada hari perlawanan.Aggregate kini melonjak kepada 3-0.Pencapaian yang mat dibanggakan pada ketika ini.
(main punya main)
Pitttt...Cukup masa untuk 1st half yang pertama.Jurukomen di Tv mula mengambil tempat membuat laporan.Shebby Singh juga berada disitu bagi memberi pandangan beliau mengenai perlawanan itu.Malaysia boleh.Cayalah..
"ohh perlawanan ini tidak dijangka.Manchester bermain dengan baik",Shebby berkata."Tapi mungkin Arsenal akan mula mengasak pada baki perlawanan 45minit nanti".
Pittt..Perlawanan dimulakan semula dengan pertukaran pemain pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah,Gibbs kepada Toure,merupakan pemain senior Arsenal dengan harapan dapat mengekang serangan dari Manchester United.(Eh,bechkam datang pulak)
kali ini,Arsenal betul-betul mengasak.Posession ketika ini ialah 75%-25% yang memihak kepada Arsenal.Ferdinand mula mengawal kawasan pertahanan dengan baik pada malam itu.Adebayor dapat bola dari sebelah kiri,passing kepada Fabregas selaku kapten,Fabregas menendang..
Oh sayangnya,disambut van der saar pada hujung palang.Ketinggian Van der Saar mempunyai kelebihan disitu.Permainan kini mula didominasi semula pleh Manchester.Tapi sayangnya kesudahannnya tidak membanggakan.Eh apa ini.nampaknya penjaga Gol Arsenal,Almunia ingin menukar status kepada striker.Beliau bermain ditengah disini.Nampaknya,memang keadaan begitu tertekan oleh pihak mereka ketika ini.
Oh begitu mudah disambut oleh pemain muda,Anderson disitu.Pemain yang berasal dari Brazil ini begitu lincah diatas padang.Rooney mendapat bola disitu.Tiada halangan untuk menjaringkan gol disitu.Oh beliau tidak tamak,pass kepada Ronaldo dan...

Goal oleh Ronaldo.Oh,apekah hari ini.Begitu selesa mendahului dengan 3-0.Sir alex Ferguson nampaknya terlompat keriangan bagaikan kanak-kanak Ribena.Begitu juga suasana di gerai mamak yang membuka siaran langsung perlawanan yang hebat ini.
Permainan diteruskan(dah bape kali dah aku pakai ayat ne,maklumlah ayat yang perlu digunakan selepas Gol..)
Pintu-pintu keluar stadium makin sesak kerana ramai penyokong keluar dengan harapan yang musnah."Kawe raso meme Arsenal dokleh gi doh",begitulah kata Steven charchie salah seorang penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium.(Bechkam tersenyum-senyum kerana No 7 yang dipakai oleh Ronaldo merupakan nombor beliau ketika di Manchester berjaya menjaringkan Gol)
Kerusi-kerusi nampak kosong situ.Sorakan kuat di stadium didominasi penyokong Manchester.Glory-glory Manchester United.
Arsenal memang dalam keadaan tertekan.Pemain tengah ditukar kepada pemain penyerang.Bendner dibawa masuk bagi membantu Van Persie mengatur serangan.Van Persie membawa bola.Solo disitu.Pass lagi.Adebayor.Pass kepada Persie di kotak penalti.Terlepas.Tiada Pemain pertahanan mengawal disitu.Fletcher masuk bagi menghalang Persie.Oh tidak.Tackle gunting.Red card untuk Fletcher.
Ferguson turun ke padang bagi membantah keputusan pengadil.Tapi tidak diterima.Penalti akan diambil oleh Van Persie.memang dah dijangka,Gol oleh Van Persie,bola penalti ke bahagian atas sebelah kanan.3-1 sekarang.
Masa hanya tinggal 10minit lagi.Arsenal mule terbangkit semangat semula.Perlawanan dikuasai oleh mereka.
Pitttt...Tamat masa perlawanan.Manchester layak ke final dengan agregate 4-1.Glory-glory manchester.
nota bawah kaki:aku tido pukul 4.45 malam tadi.Puas.puas