mereka membaca dan mengikuti, anda??

BILA BUDAK MAIN GETAH TETIBA MAIN BOLA SEPAK



32 orang atas ni memang ART. Aku selalu dengar Pak Cho cerita. Semua team diorang dah ratah. Barcelona pun diorang tibai sampai 2. Leyton Orient tu biasa-biasa je bagi diorang. Chelsea pun mainan je bagi diorang. Liverpool tak payah cerita. Cuma T-Team jer diorang belum uji lagi.




"Season 2010/2011 ini kami akan menang 4 piala kerana kami mempunyai pemain yang berkualiti yang telah kami bentuk selama 4 hingga 5 tahun sebelum ini"-Arsene Wenger dalam kenyataan Daily Mail
*kredit pada Google Translate

Tapi menyandarkan harapan kepada sekumpulan budak-budak berkulup samalah seperti menyandarkan kenangan pada sekumpulan pemain-pemain bersejarah.

Ya, kalau Liverpool ialah sandarkan pada kenangan maka Arsenal ialah kelab sandarkan pada harapan.

16 Feb 2011 Champions League Arsenal (2)--Barcelona (1)
8 Mac 2011 Champions League Barcelona (3)--Arsenal (1)---->TERSINGKIR

27 Feb 2011 Final Carling Cup Arsenal (1)--Birmingham(2)----->KALAH

12 Mac 2011 FA cup Manchester United (2)--Arsenal (0)-------->TERSINGKIR

24 April 2011 Premier League (4 games remaining+ 9 point behind Manchester United)
Bolton (2)---Arsenal (1)


Tamat sudah perjuangan.


BULAN APRIL ADA 30 HARI

Di tepi balkoni,

Rakan : wei, engkau tahu tak London banjir sekarang?

Aku: Ahhh..April Fool

Rakan : Engkau tahu tak kuda padi sebenarnya daripada spesis ikan?

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Semalam aku baca paper, harga seluar dalam bakal naik dalam 2,3 hari ini.

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Engkau mesti tak percaya yang ne, Makcik Zainab Kafe tuh nak kahwin lari.HAHA

Aku: Ahhhh..April Fool

Rakan : Yang ni comfirm betul. Ko mesti tak...(terberhenti)

Aku: Ahhhhh sudah la engkau

Rakan : (cis tak menjadi)

Rakan : Pssstt..wei..psttt..Seluar ko tak tutup zip

Aku: Engkau ingat aku percaye?

Rakan : haha

Aku: Engkau apesal??

Rakan : Zip ko memang tak tertutup pon.

Aku: siot

NASIK LEMAK 50 SEN

Al kisah suatu pagi, ternampaklah juga seorang makcik cleaner telah mula menyapu sampah di perkarangan jalan, seorang pakcik terbongkok-bongkok cuba untuk meniru senaman Tai chi, anjing-anjing masih lagi dibuai mimpi manis, ternampaklah nun jauh di sana kelibat seorang lelaki bersweaterkan baju berjenama Nike sambil memegang di tangannya satu beg plastik dari pusat membeli belah Tesco menuju ke sebuah gerai makan.

"Pakcik, makanan apa sedap sini"

"Ado belako. Tapi biaso ore date raso nasi lemak samah kito"
*semua ada. tapi biasa orang datang rasa nasi lemak 50sen saya

"50 sen jerk??murah syialll"

lalu dengan rakusnya lelaki tersebut mengambil bungkusan nasi lemak yang pertama dan mula menjamah.

"Ahhh pakcik. Apa ni. Lalat..eewwwww.."

"hok aloh demo, nasik lemak 50sen takkan nak bubuh ayam"

ROSNAH PERGI KE PASAR MEMBELI LOBAK UNTUK DIBUAT AIR

Di satu kedai makan,

Sudu: Aku rasa aku sangat hebat

Garfu:Ahh..aku lagi hebat..

Sudu: Apa barang tajam-tajam.

Garfu: Tajam la baru nampak kool. Mesti ramai awek terpikat.

Sudu: Bahaya untuk kanak-kanak kot.

Garfu: So??

Sudu: Awek suka kanak-kanak.

Garfu: Yang engkau tuh, botak berkilat.kah3. Macam samdol.

Sudu: Come on la. Botak tuh romantik. Dr Fadzilah pernah cakap orang botak ne murah rezeki.

Garfu: Ahh..Percaya sangat beliau tuh.

Sudu: Tapi aku rasa aku paling banyak berbakti pada masyarakat.

Garfu: Buktikan.

Sudu: Selain untuk suap makanan, aku juga digunakan untuk ambil isi kelapa.haha(ketawa berlagak)

Garfu: Haha.Bodoh.Itu saja ker? Kalau engkau pergi kedai western,mana diorang provide sudu tuk makan chopstik,beefstick,lambchop. Diorang akan guna aku.Haha(ketawa yang lebih kuat)

Sudu: Tapi aku rasa engkau lagi bodoh.

Garfu: Kenapa?

Sudu: Kita bukan kat kedai makan.

Garfu: Abis tu,kat mana kita sekarang ini?

Sudu: Bangang, ini kan kedai Tayar. Apek tu gunakan kita untuk makan nasik goreng pataya.

Sedap Noo Hang Dapat Pankek(SNHDP)


Baik,aku tipu tentang maksud tersirat SNHDP tuh.

"Siapa Nak Hadiah Dari Paris??"<---SNHDP (ini maksud sebenar) Kali ini aku dipaksa si beliau, Lina Awek Hot untuk merajinkan diri membuat contest ne. Dan secara tidak langsung ia juga dikira update teringkas dan terpantas yang mampu aku buat.

hah okeh,

no satu

Dengan keadaan anda yang sudah mandi, silalah dengan rajin membuat entry bertajuk :Siapa Nak Hadiah Dari Paris atau SNHDP. Letak gambar berukuran pasport seperti diatas dan gunakan format Middle in the centre iaitu gambar berada di tengah-tengah entry bagi memberi gimik yang berlebihan. Link gambar tersebut pada Blog cik adik manis penjual jagung NadiaFarahida.

no dua

hah..selepas sedemikian, pastikan ada gambar tersebut juga di sebelah side bar blog kononnya macam gantung-gantung lampu raya dikala deepavali. Gambar tersebut, link kan juga kepada entry contest .

no tiga

anda hendaklah menjadi pengikut blog NadiaFarahida. Tapi bukan ikut sampai ke jamban la. Cukuplah sekadar di alam maya ini sahaja.

no empat

Letak link entry yang telah anda publish ini kepada LINK ini.

no lima

Tag 3 downline yang lain. Pastikan mereka tahu mengenai contest ini.Untuk yang ini, aku pilih,
a) cik rose merah
b) qasih si zainab
c) mamamio glosintas

no tujuh

tarikh luput peraduan adalah 20 November 2010 bersamaan hari sabtu 13 Zulhijjah. Kalau anda dapati dalam kalendar, ada gambar kuda untuk tarikh ini.

sekian.

nota tambahan: samada anda perasan ke tak, no enam takde.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...