mereka membaca dan mengikuti, anda??

DI KALA BULAN RAMADHAN,AKU BUKAK RADIO KLASIK NASIONAL.


Selamat hari-hari buat pembaca.

Lagi kurang 2 minggu dah nak raya. . Tup tap.tup tap.Puhhh..sekejap.

Bila dah dekat nak raya ne, banyak benda aku fikirkan. Apa lagi tak setel?



"Baju raya"?
"sebelum puasa dah setel".




"Kuih raya"?
" ne dah pon beli 2 botol, tinggal nak bawak balik je"




"Duit raya"?
" tak payah risau sebab aku tak kahwin lagi.ngeh3"




"Apa lagi "?





"Assignment"?
"hah yang ne memang aku sengaja lupa".





"hmmm..lampu pelita"?
"balik rumah baru pasang."





"ketupat,lemang"?
" tunggu balik kampung jer la".





"Tiket bas"?
"dah.."



hmm

hmm..



(garu ketiak)

"ape lagi ne?"..


hmmm...





"cis, baju aku dalam mesin basuh tak jemur lagi"



Tazkirah ringkas:

korek idong menjadi kesalahan dalam bulan puasa

AYAM KAMPUNG DIPANGGIL CHICKEN ATAU VILLAGE CHICKEN??

Salam Ramadhan buat pembaca blog henchik ikang yang secara dasarnya, terdapat bukti tapak kaki hasil peninggalan anda ke blog ini mahupun anda seorang invisible reader.



Sempena bulan berpuasa ini, banyak benda aku nak kongsi bersama. Jadi untuk setiap poin, aku asingkan satu persatu seperti membuat kuih bahulu iaitu kita akan meletak ramuan bahulu tersebut satu persatu ke dalam acuan bahulu. Cuba anda kira berapa banyak perkataan bahulu yang terdapat dalam keterangan pasal kuih bahulu ne. Kira perkataan bahulu ini sampai dekat last perkataan bahulu di noktahkan. Pastikan perkataan bahulu sahaja diambil kira. Maklumlah, kuih bahulu ne memang sangat popular ketika raya puasa, raya haji dan raya cina. Nak lebih info pasal kuih bahulu ne, TAIP bahulu dan search di goggle, nanti keluarlah info kuih bahulu ini. Bahulu. hoho

File sulit 1
Sebenarnya aku dah lama perasan akan perkara ini. Pada mulanya memang aku malas nak mengeluarkan kata-kata. cewahh. Pernahkah korang perasan setiap kali abes jemaah kat surau ker masjid ker mesti ada sebilangan yang terus blah macam tuh. Maksud aku, blah tanpa baca doa ke hape. Tapi aku dapat rasakan ia menjadi annoying di mata kasar aku. Aku tahu memang itu hak individu tapi sekurangnya memohonlah sesuatu daripada tuhan melalui doa. Banyak kot dalam doa tuh boleh minta. Minta keampunan dosa mak ayah, kesejahteraan keluarga, kesihatan, memohon jodoh turun dari langit ker, mana la tahu mudahan-mudahan betul-betul jodoh turun dari langit. hoho. Aku kadang-kadang terpikir juga, adakah kehidupan mereka yang tidak membaca doa itu cukup sempurna?adakah.oh adakah.


File sulit 2
Pernah dengar cerita pasal ayam??mesti korang sedang memikirkan ayam golek berempah ker hape. Tettt..Maaf, jawapan anda salah.

"Sekarang anda boleh tapau pakaian anda dan balik tanam buah beri di rumah"secara tetiba hos rancangan engkau idolaku membuat pengumuman.

Situasi kejadian ne masih panas-panas lagi, ada la 2,3 hari lepas berlaku. Masa ne terawih. Aku tak kenal mamat sebelah aku ne. Tapi masa angkat takbir tuh aku rasa beliau sangat annoying. Angkat takbir macam kepak ayam. Luas-luas woo. Dengan keadaan ketinggian aku yang kurang dihargai tontonan umum, memang siku beliau melanggar dahi aku. Masalahnya kalau prosedur takbir tuh betul seperti dalam gambar rajah dalam buku "mari sembahyang 5 waktu" keluaran Pustaka Seri Intan memang aku tak kesah. Tapi entah beliau mengikut posisi siapakah pun aku tak tahu. Salah kot. Dah la salah, pastu menyusahkan jiran sebelah nak angkat takbir pula. adoiyai. Aku tahulah mana la kita nak tahu sembahyang mana la yang sempurna atau tidak, tapi kalau kes macam ne berlaku, kita kena lah consider pada keadaan sekeliling. Sembahyang jemaah tuh sembahyang ramai-ramai, bukan seorang.


File sulit 3
Cerita pasal buka puasa pula. Sekarang mana-mana masjid atau surau memang ada provide makanan berbuka puasa secara percuma. Jadi bagi golongan yang nak save duit, memang masjid la menjadi destinasi utama untuk jalan-jalan mengisi perut yang kosong di kala ramadhan.

"bagaimana dengan anda pula henchik ikang??anda pun sama??

"hah ah..fulus aku terbang melayang-layang macam bunga api"

Sekali lagi perkataan annoying aku menggunakan berkali-kali. Kali ne aku menuju kepada golongan yang berbuka puasa kat masjid, tapi lepas kenyang, start motor, pastu terus balik. Aku rasa annoying gegila dengan golongan tersebut kerana objektif masjid sediakan makanan percuma ne untuk meramaikan golongan manusia ini sembahyang berjemaah di masjid tapi nampaknya kesimpulannya, objektif tuh tak sampai kot.

"diorang sakit perut kot henchik ikang"

"takkan la sampai 30 orang sakit perut semua kot"

jadi kesimpulannya, ambil yang boleh jadikan pengajaran. Sesungguhnya bulan ramadhan ini banyak rahmatnya. Hargai setiap jam, minit mahupun saat dalam bulan ramadhan ne.Cewahh. Padahal, petang-petang aku selalu tido.ngeh3. Apa yang baik,ambil. Yang kurang baik, mitak jauh kerana semua itu adalah COBAAN.

SUATU MALAM YANG DINGIN,AKU MEMBACA SURAT KHABAR HARIAN METRO


Tabiat aku bila makan jer, ada telor,memang aku rembat. Tapi betol la orang kata, makan telor, kentut busuk woo. Alaaa, padahal tak makan telor pon, kentut memang busuk pon. ngeee.

Waktu pagi

Aku bangun pagi. Tengok jam.

"baru pukul 9 pagi kot, giler awal aku bangun"

"ne kalau tapau nasi lemak kat cafe bawah sambil layan movie kat bilik, serius syok"

Lepas mandi, aku bersiap. Tekan butang A untuk Ali. Okeh, anda tertipu. Aku tekan butang lif ke bawah jer sebenarnya. Takpe, hari jumaat hari ini sudah hampir abes. Anda tiada sebab untuk berkata,"wei,tak baik tipu hari jumaat ne, dosa kecil".

Berbalik kepada pangkal jalan, turun lif dan menuju ke cafe.

Sampai cafe, dengan selamber aku membayar RM2.50 kepada kakak cafe tuh sebab dia bagi aku nasi lemak yang ada telur rebus di dalam tapau tersebut.

Balik bilik, makan sambil layan AdaMaya episod 9.

Kebetulan episod tuh betol-betol timing dekat dengan waktu zuhur.Aku rasa tetiba macam suara bercakap,

"wei ikang,sembahyang jemaah kat surau la"

"eh,suara siapakah itu??Bagi tahu siapa engkau"

" ini akulah,engkau."

"Oh aku bercakap dengan diri sendiri rupanya,cis"

Aku ambil kopiah (glosari: bahan lapik kepala selain helmet) dan terus menuju ke surau.
Aku sampai tepat pada masanya, masa tuh orang baru azan.

iman adalah mutiara,di dalam hati manusia...ringtone orang yang duduk sebelah aku. Beliau silentkan henpon.

Sekarang sembahyang.Lepas rakaat pertama,pergi ke rakaat kedua dan seterusnya ke rakaat ke ketiga.

Masuk rakaat keempat,aku rasa angin dalam perut nak keluar. Serius, memang rasa nak meletus.

Member aku pernah cakap,kalau engkau rasa nak terkentut masa berdiri, kita masih dalam keadaan selamat lelagi kalau dalam sembahyang.

"engkau tahan kentut tuh sampai engkau rasa kentut tuh masuk dalam perut engkau balik".




Nota kecik: untuk situasi seterusnya,pepandai lah korang bagi konklusion.

Tamat



cuba cari mana gambar aku,nanti aku belanja sirap limau


.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...