mereka membaca dan mengikuti, anda??

SEDANG AKU BERJALAN-JALAN,AKU MENGALAMI KECEDERAAN URAT KENTUT



Salam muhibbah semua.Hari ini aku tergerak hati nak menulis.Tajuk kupasan hari ini."Hilangkah anda seluar dalamnya?"

Semenjak dua menjak,bising dalam surat khabar cerita pasal lambang salib ngan lambang syaitan kat lambang-lambang team bola.Kalau dah lambang syaitan tuh,memang tak dinafikan team feberet aku Manchester United terlibat.

"sudahla engkau ikang,sokong chelsea macam aku ne jer",kata seorang member.

"chelsea boleh BLAHHH..",aku balas percakapan tersebut.

Aku pernah terbaca satu artikel dalam blog,tapi malangya aku tak ingat link blog tersebut untuk aku berkongsi dengan korang semua.Inyaallah,kalau aku jumpa balik,aku bagi link tuh.

Secara kupasan artikel,memang aku sendiri akui,memang sudah lama kot dengan cerita-cerita macam ni.Kenal golongan Freemason??Aku sebenarnya takde la faham peranan freemason ne tapi apa yang aku tahu,mereka-mereka(freemason) ne adalah golongan yang fanatik dengan kemunculan dajal.Maksud aku,mereka akan membuat persediaan untuk menyambut ketibaan dajal.Aku tak tipu kan??Memang dalam AL quran pon ada sebutnya,dajal akan turun ke bumi.

Nabi dah kata dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmim dan syurga bagi orang kafir malahan nabi sendiri pernah berkata tiada fitnah yang lebih dahsyat daripada fitnah dajal,dan kalau kita fikir balik,kalau dajal tetibe jerk selamber ayam menyeru orang menyembah dia,ada ker orang nak sembah macam itu saja??tak logik kan??Jadi masa inilah golongan freemason memainkan peranan nak buat persediaan dan meyakinkan seluruh dunia menerima dajal ne yang kononnya boleh tolong manusia.Ini baru logik.Untuk lebih pengetahuan pasal Freemason ne,search la dekat Youtube tajuknya The Arrivals.Nak cakap sini,jadi panjang kot.

Berbalik kepada cerita Man U tadi.Aku memang setuju,banyak perkara memang berkait dengan yahudi.mana-mana jerk pon.Paling dekat dengan anda sekarang tuh.PC atau laptop ker hape,diorang support yahudi kot.Baik korang off PC sekarang,tapi biarlah tunggu lepas abes post ne dulu.muahahaha.

Tapi ada jugak aku tak berapa setuju jugak dengan beberapa perkara.Yang pertamanya,ada pihak mengatakan perkataan MAN dari manchester united merujuk kepada singkatan Mason.Aku takde la setuju sangat sebab dah kelab ne memang ada dekat Kota Manchester,takkan la nak letak WAkaf Che yeH united.sangat tidak logik.

Lain benda yang aku tak setuju dengan nombor huruf dari perkataan manchester itu sendiri.Aku pon takde la faham mana pon.Tapi menurut yang aku baca,kalau tambah-tambah pastu tolak balik akan menghasilkan nombor 13 yang menurut kepercayaan golongan mason,no 13 ne no kesukaan penyembah syaitan.Aku tak tahu pulak kenapa nak pilih no 13 sebagai no kegemaran beliau ne?Lagik satu perkiraan yang last-last dapat no 13 tuh macam tak logik gak.Kena tambah pastu kena tolak balik semata-mata nak dapatkan no 13 ne.Pakai sifir berapa ne??

Dan yang paling aku rasa tak logik,dia cakap sebagai bukti nak tunjukkan Man U ne kelab yang menyokong kemunculan dajal ne,ada ker dia cakap fans man u yang fanatik sanggup bergaduh dengan fans kelab yang lain.Cis.Aku selama ne takdek kot buat benda-benda berkaitan camtu.Yang penyokong kelantan sampai bakar kerusi tuh,penyokong dajal ker??islam kot.tapi dia punya islam tak boleh pakai.Bengong punya orang yang bakar kerusi itu.

Nak cakap panjang-panjang pon tak guna.Aku memang minat Man U sebab permainan mereka,sikap kekeluargaan sesama fans ngan sejarah kelab sahaja.Takdek langsung terpikir tentang dajal ne.Tapi aku tahu sebab apa artikel-artikel macam itu ada,mereka nak kita sedar tau pasal keabadian kita kepada Tuhan kerana saling ingat mengingati itu adalah tunjang kepada kesetiaan kita terhadap agama.Inyaallah,mana yang buruk jadikan tauladan,mana yang buruk jadikan sempadan.

Tambah sikit:mungkin kebanyakan keluar artikel pasal kelab manchester united sahaja,tapi kelab lain pon sama.Mungkin manchester united sebagai contoh,korang boleh kaji dengan kelab chelsea,liverpool ngan arsenal.sama jer kot.

MENARI-NARI BERSAMA SOTONG ADALAH HOBI KEDUA SAYA

Selepas hampir sebulan,abes jugak piala dunia.

Amacam?Belanda menang kan.Hebatlah belanda.muahaha.

ok,aku tipu lagik.Yang menang sepanyol.

Masih ingatkah anda pada PAul sang sotong yang meramal 5 perlawanan Piala Dunia secara tepat dan jitu itu? Lepas ne kita suruh beliau meramal game kuda la plak yer.Mesti Paul suka main dengan kuda ne.Biasa hobinya hanya bersembang dengan kuda laut,kali ne kita test dengan kuda darat la plak.

Tapi janganlah anda sesekali kecewa sebabnya selepas ne kehadiran Paul dalam peramalan ne dah takdek kerana pagi tadi Paul baru sahaja menyiapkan surat Letak jawatan sebagai peramal mahupun sebagai ikon makanan laut.

"saya tak suka la orang berjudi ne,akhirat beb",kata sotong


"Selamat Tinggal PAul",dari meja penulis

MARI MEMASAK SOTONG BERCELUP TEPUNG BERSAMA CHEF JO

Kali ni aku nak bercerita pasai sotong dengan piala dunia.Apa kaitannya nya?oh.Apakah??Apakah dan Apakah??


maaf,aku mamai.


Kenal si PAul??Paul sang sotong.Aku dulu tak kenal pon.Tak mahu kenal.Tapi bila lepas game german dengan argentina,sotong ne memang menarik hati aku.Ok,bukan tertarik sebab beliau ne boleh hafal sifir ker hape,tapi aku amat terkejut,perlawanan sebelum ne,beliau ada meramalkan keputusan,puhhh,betol semua kot.

Semalam yang bertarikh 6 julai 2010,riuh dengan gambar yang si sotong dah ramal untuk game German dan sepanyol untuk game separuh akhir(half final).Ada la dalam FB tuh,member aku tag satu gambar.hah ne hah,kat bawah aku letak.




Hah amacam??sotong tuh pilih spain kan?Okeh,pastu ada sorang lagi duk sibuk tag aku.ne hah,kat bawah ne.


Jadi tak tahu mana yang betul.Pastu secara tetibanya ada sorang lagik tag gambar lain plak.Hah,tengok kat bawah,





Okeh,jadi semalaman penuh kontroversi sampai pagi ni aku bukak email,dapat satu info pasai sotong.jadi tak payah la korang nak gaduh ker hape,kiter zaaazzzzzz...






Ne baru diramalkn saja.Sotong yang ramal.Ntah btoi ke tak sotong ne.Saja bikin gempak jerk.Untuk keputusan sebenar-benarnya kena la tengok gamenya.OK,nanti abes game,aku update aku taruk sedikit keputusannya kat bawah ne.SEttt..


UPDATE:

"okeh,memang semuo dah tengok,spain monang.jadi,sotong memang btoi,bahyo bonar kalu ado sotong ne aih.",kata penulis

keputusan:
SPAIN (1) vs GERMAN(0)
carles puyol,72min


"alamak,jariku tersepit di pintu",Kata Ali kepada Abu

Aku baring di atas katil

termenung,



termenung,












dan termenung.

Kalaulah aku Menteri Perlancongan.Nak jer aku merajinkan tugas aku dengan pergi negara-negara beriklim sejuk.Selalu jer membuat OT.Berjalan-jalan di pinngiran sungai sambil makan kerepek.Wahhh,sangat seronoknya.Kalau nak pergi tengok game Manchester versus chelsea di Old trafford pun selalu jer dapat, apatah lagi game manchester versus derby country.hoho.

"saya nak membuat perjalanan ke UK esok ne",

eh boleh ker?Mestilah boleh sebab aku Menteri Perlancongan.


Tapi kalaulah aku Jutawan macam Bill Gates ker,Trumph ker, puhhh mesti lagi best. Hari-hari aku layan mee goreng basah dekat Jalan Klang Lama tuh free jer. orang yang berniaga tuh pon tak sanggup nak terima bayaran makan malam aku tadi tuh.Segan kot nak mitak RM 3.50 dari jutawan ne.Yer la,mana taknye,jutawan lain layan hotel,aku jerk layan kat gerai.


Eh kejap,tukar-tukar.Aku rasa jadi Batman lagi best.Dengan serba kelengkapan,sempurna hidup kot. Boleh la aku letak no plate dekat kereta BAT 1.Puhhh,jadi top list harga penawaran terbesar dekat JPJ nanti. Turun naik KL ke Siam 2,3 kali sehari pon tak kesah.


Tapi kan,

apa yang paling best adalah menjadi diri sendiri kerana diri sendiri berdiri di dunia kenyataan.Apa sahaja yang berlaku,yang dibuat, dirancang, diri sendiri akan dapat kesannya.


"perjalanan hidup ini janganlah sia-siakan",Haji-haji-haji Mustapha,(Drama Qalesya,8.30 malam,Astro Prima)

AKU MENDENGAR ENGKAU MENANGIS TERESAK-ESAK BAGAIKAN BAYI

Dulu aku sekolah menengah.Sekolah yang dikuasai penuh dengan otai-otai yang bapak die mengerikan.Pernah sekali urat kentut aku terputus kerana ke"otai"an mereka-mereka sekalian.Dengan rasa hiba, aku perkenalkan korang kepada mereka.


Otai satu
Nama:Cikgu Ruslan
Profil:Di gelar Ruslan mata biru kerana warna matanya biru ketika beliau sedang marah, mengajar, berjalan,memancing, berseloka, berpantun dan juga ketawa yang dalam maknanya itu.Sudah berkahwin.Teknik serangan libasan buluh perindu beliau amat dashyat sekali.

Otai Dua
Nama:Cikgu AZiz
Profil:Mempunyai keadaan bentuk badan yang besar sedikit.Mengajak subjek agama tapi sepanjang aku belajar sana,tak pernah beliau ne mengimamkan solat zohor berjemaah.Teknik serangan beliau tangan king kong yang bahaya.


Cerita bermula selepas PMR.Aku dengan menjadi rajinnya,aku datang ke sekolah dengan harapan memecahkan rekod kehadiran 100 peratus sekolah sejak pertama kali di buka pada tahun 1876.Last student yang menang,RAdiyapan Anak kepada Rama-rama


Profil Radiyapan:
India.berkulit gelap.(info amat sedikit kerana aku masih belom berada di dunia pada tahun bersejarah tersebut)


Suatu hari,aku berasa otai.Aku pergi sekolah dan sudah tentulah dengan memakai baju sekolah tapi tidak dengan seluar.maksudnya seluar tuh bukan standard student r.Aku engat masa tuh seluar tuh kaler-kalernye macam dah lusuh.kalau tengok dari jauh,memang nampak macam seluar jeans.Ramai yang tertipu pada hari kejadian.

"maapla,seluar ne bukan jeans",aku berkata seraya apabila member-member seperjuangan aku bertanya.

Masa tuh perhimpuanan.Abis jek,memang akan pergi ke kelas.

Mampus,spot check.siot.mampus.mampus.

Seperti sudah dijangkakan,aku ditahan oleh JAIS..muahaha..

Takdek tadi aku tipu.

AKu sudahi karangan hari ini dengan serangkap pantun,

Buah keranji dalam perahu,
selamat tinggal,tata.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Abes.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...