mereka membaca dan mengikuti, anda??

KAMI THE MOVIE

FRIENDSHIP IS THE BEST WHAT WE HAVE IN THE WORLD!!-Henchik iKanG'

PAPAN TANDA

Ngah tetiba aku balik dari sembahyang subuh time aku follow trip pulau kat pulau perhentian arituh,tetiba mata aku menampakkan sesuatu.






P/S:Ne parking Pakcik Selamat Spanar Jaya tuh ker??

AMARAN KERAJAAN:JAngan DiPsiko Dengan Papan Tanda+Papan iklan

OH MIMPI..OH MIMPI

Malam tadi mimpi aku betul-betul terjadi.Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.Tapi memang serius real beb.Alkisah bermulanya mimpi tuh camni....


Untuk makluman semua para pengunjung Taman Negara ne,aku belum lagi menyudahkan assignment Introduction For Project Manager(RMK252).Kalau melihat pada soalan pun,haram aku nak faham.Apa yang aku nampak kat kertas soalan tuh hanyalah tulisan yang bertaip Arial saiz 16 dan diexplain dalam Bahasa Omputih.Tapi setelah melakukan kajian ke atas jawapan orang yang telah menyiapkan assignment tersebut,aku boleh merumuskan assignment tersebut memerlukan graf.Jadi,apa yang perlukan disini ialah KERTAS GRAF.Memandangkan memang aku takde stok kertas graf ne,malam tadi aku gerak la kat Koperasi kat cafe aku.Cari punye cari,HARAm.LAngsung xdek.Pekejadahnya satu koperasi itu tidak menjual kertas graf.Aku malas la nak tanye kat kakak merangkap yang menjaga koperasi tuh malam tadi.Karang aku tanye karang,karang die akan merumuskan aku sebagai budak yang rajin.Pastu akan mula approve aku sebagai adik angkat la,adik terangkat la,kakakku terangkat la.Sori bebeh,keje banyak tak siap agik.


Jadi balikla aku dengan perasaan yang hampa dan pilu bagaikan hati aku ne dah terjatuh dari bangunan KLCC tingkat 3.Hancur berkecai.Jadi memandangkan kerja-kerja untuk menyiapkan assignment tuh terbantut,aku tido awal malam tuh.Kul 12malam dah tido dah.


Alkisah dalam mimpi ntah macam mana aku mimpi aku pegi kat supermarket.Tesco kot.Untuk menjelaskan lagi,boleh plak aku mimpi aku mencari kertas graf tuh.Selepas mencari,terjumpalah kertas graf ini dan aku pergi bayar kat kaunter tuh.Tapi yang aku pelik,kertas graf ne mahal giler beb.RM 5 tuk 10helai.Haram ko TESCO.BOIKOT TESCO!!.TApi nak wat camne,karang ada plak bertangguh kerja tuh nanti.Jadi,terpaksa bayar la.


Tiba-tiba,aku terbangun dari tido dan mendapati jam menunjukkan pukul 7.06pagi.Alamak,subuh tak sembahyang lagi.Aku sembahyang dulu yerk.BYe!!

EARTH HOUR PUNYE PASAL

Kempen Earth Hour ialah kempen orang tutup lampu utama contohnya lampu stadium,lampu kat stesen minyak,lampu minyak tanah,lampu picit dan juga lampu signal kereta.Yang ne yang aku faham la.Aku ne pon buta kempen gak sebenarnya.Earth hour ne diadakan pada 28hb pada pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam serentak ngan beberapa buah negara yang turut menyokong kempen ne seperti Republik Congo,Kepulauan Miami dan beberapa negara kecil yang aku rasakan segan nak bagitahu kat sini.Jadi untuk entri kali ne,pertama kali aku akan ceritakan pengalaman pertama aku menyambut Earth Hour ne.


Sehari sebelum kejadian-27hb April 2009


Aku:Mat,jom yok join earth Hour ne.Esok yok.Support kempen.
Mamat:Aku no hal.Ko jangan menangis plak bergelap esok.Haha
Aku:Haram ko mat.Dem!!


Hari kejadian


Jam waktu tuh pukul 8.15 malam.Entah macam mane tetiba perut aku memang meragam gegiler ah.Serius beb.Aku pon tak tahu dedak itik mane aku rembat petang tadi.Oleh kerana daya penahanan najis aku semakin rapuh,aku pun pegi la melepaskan hajat.Memang dah tak tahan sangat la orang cakapkan.
Ngah layan melepaskan hajat tuh,tiba-tiba.
Tuppppp...Lampu toilet terpadam.

Aku:Woi,ade orang la dalam ne.Bukak balik lampu tuh.
Orang 1:Support Earth hour.Support..support..Haha



P/S:Orang 1 tuh dibawakan dengan watak yang paling cemerlang oleh rumet aku,MAMAT.HARAM KO MAT..

FALSAMPAH

"HATI BETA TIDAK SENANG UNTUK MENGHUPDATE SEKARANG INI"-Henchik iKanG'

PENGUMUMAN HARI RAYA PUASA

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG,AKAN KU UPDATE SELEPAS KEPULANGAN AKU DARI PULAU PERHENTIAN NANTI(18HB MAC HINGGA 21HB MAC 2009).HARAP SABAR MENANTI.



PEJUANG BERANI MATI

Seperti yang aku janjikan,ne siri ke-2 pasal siren masa kat hostel aku dulu.


Memang dah jadi kebiasaan pada waktu pagi,siren ne akan dibunyikan.


"EeEeeeeeeeoOonnnnnnnggggggg...."


Begitu la setiap hari,setiap pagi warden memang akan sentiasa menggunakan khidmat beliau sebagai Penyalak Pepagi buta.


Ader la satu pagi tuh,ngah sedap-sedap tido,berbunyilah siren ne.Tapi pagi tuh lain sket bunyinye.Korang boleh bayangkan satu mainan yang pakai bateri kat belakang tuh time bateri beliau dah lemah.


"Eeeee.....eeeeee..OOoo...........nnggg"


Bunyinye memang serius kelakar giler.Siape la tak bagi makan kat siren tuh.Kesian benor nengoknye.


Akibat tak tertahan dengan bunyinye,kitorang boleh gelak satu dorm memandangkan rasenye dorm kitorang boleh mendengar dengan lebih jelas bunyi siren tuh.


kebetulan malam tuh ketua warden yang bertugas.Beliau ne sangat-sangat la menakutkan.Biasanya Kalau cikgu biasa nak pukul budak pon,biasanya akan guna rotan ker hape.Tapikan tidak pada beliau ne.Pernah sekali aku nampak beliau ne menghentak kepala sorang budak ne dengan kepala beliau yang sudah licin dicantas tuh.Korang boleh bayangkan budak tuh sampai terjatuh dek tandukan berbisa ketua warden kitorang ne.


Berbalik pada cerita,akibat beliau tidak berpuas hati akibat terdengar gelak dan sorakan dari penyokong-penyokong dari stadium ne,beliau siap menjerit.Habis benda beliau sumpah seranah termasuk la 'barang' beliau sendiri.Last-last naik la beliau ke dorm kami yang menjadi tumpuan ramai ne.


"Siapa yang gelak-gelak tadi tuh?Sekarang satu dorm turun kumpul dekat bawah"


Dengan tahik mata yang masih terlekat,turunlah kitorang bak kata pepatah "harapkan pagar,pagar dibuat daripada besi".Last-last pepagi tuh jugak kami dah memulakan acara bersenam sambil memakai kain sarung seperti yang disarankan dalam televisyen,bersenamlah pada waktu pagi untuk kecergasan otak.Kitorang telah dikenakan ketok ketampi sebanyak 30 kali kalau tak silap aku.Dah lupe dah.Tapi lebih kurang macam itu la.


Selepas acara senaman selesai,kami pon mandi la dan terus ke surau.Dah kena marah,takkan nak buat hal lagi kot.Selepas sembahyang,bersiaplah kitorang nak ke kelas untuk waktu persekolahan.Tapi tetiba aku dengar orang tengah riuh kat bawah tuh.Entah ape la diorang boleh gelak-gelak kat bawah tuh.Dah kena sawan pagi kot.


Selepas siap semua,aku pon turun la.Last-last aku terpandang sesuatu iaitu siren asrama kitorang.Patut la keluar bunyi pelik jer siren tuh pagi tadi.Rupanya siapa la pejuang berani mati ne berani sumbat ngan kulit limau kat siren tuh.Kejam..kejam..Sabar yer siren

ENTRI INI TIDAK SENGAJA

Post kali ne jugak bakal aku menceritakan peristiwa time kat asrama dulu.Tapi CERITA ne time aku form 5 time dulu.Dorm yang tersebut ialah DORM 2 LAMDA.Dorm ne betol-betol port kat satu siren.Siren ne sebenarnye telah dibeli oleh pihak asrama bagi dibunyikan pada waktu pagi-pagi untuk solat subuh dengan penuh harapan,semua pelajar turun berjemaah subuh di surau.
Memang banyak karenah pasal siren ne saje.Tapi semua aku akan cerita dalam post yang lain.Ne salah satu ceritanya.


k,Sebelom pepe,aku akan memperkenalkan watak utama dalam cerita kali ne.Namanya beliau,Syamin.Syamin ne memang terkenal dengan sikap malas nak bangun tido pepagi.Dan kebiasaannya,dia ne akan menjadi tumpuan warden-warden kalau diorang tetiba jadi rajin datang naik ke atas pergi ke bilik ke bilik nak kejutkan kitorang.Tapi ader la sorang warden ne memang nampak sangat terlalu anti pada dia ne.Aku pon tak paham sebabnya.Nak kata,warden ne kenal Syamin ne,macam mane die kenal.Mengajar kelas die ne haram pon tidak.Memang time kalu waktu warden ne bertugas,memang katil die la dulu akan kena libasan rotan warden tuh.Nak dijadikan cerita,Syamin ne balik ke rumah sebab demam dan kebetulan malam tuh warden tuh akan overtake kerja-kerja membangunkan orang waktu subuh pada pagi tuh sebab dalam jadual beliau bertugas.


Tapi sebelom nak tido malam tuh,kitorang memang saje nak kenakan warden ne.Dengan katil Syamin ne kosong,kitorang letakkan bantal dan sedikit baju dan ditutup ngan kain selimut bagi menampakkan macam rupa orang tengah tido berselimut.Lepas selesai operasi tuh,kitorang pon tido la.

zZZzzZZZzZZZz...

Pagi tuh dalam pukul 5pagi.Memang seperti biasa siren akan di bunyikan.

"eeeEEEeeeongggggggggg.........."
dan dibunyikan beberapa kali.


Kitorang sebenarnya memang kekadang tak perasan pon siren ne berbunyi.Eyelah,dah memang dah tiap-tiap hari dengar,dah takder pepe rasenye yang boleh mengganggu konsentrasi tido masing-masing.Telinga ne semua dah jadi macam kuali rasenye.

Mungkin kerana warden tuh merasa bengang sebab tiada reaksi untuk membuka lampu dorm,beliau pon naik la.

Seperti yang diduga,bilik kitorang akan beliau mula-mula target dan semestinya katil Syahmin ne menjadi tumpuan utama warden ne.

Piapppp..Tetiba aku terdengar satu libasan di sebuah katil.

Dan sekali lagik..Piapppp...

Warden itu berkata,"Wei,ko ne degil yer nak bangun,amik ne",dan sekali lagi di Piappnya ke arah "syamin" tuh.

Selepas die merasa pelik kerana tiada reaksi,warden ne baru la terasa nak bukak lampu.

Apabila lampu terbuka,beliau sekali lagi menuju katil Syamin tuh.Padahal sebelom nak sampai katil die tuh ader la 4 katil lagik.Langsung tak terusik.

Beliau membuka selimut tuh..

Time tuh,memang kitorang rase nak gelak jerk.Haha.Tapi kitorang bertahan.Karang gelak karang,mampos kena libasan samurai dier tuh.Dalam hati,aku berdoa agar keluarlah die ne cepat-cepat.Memang tak boleh tahan gelak dah ne.Tahap aku tahan gelak ne dah sampai 880Pascal dan hanya menunggu untuk meletus tiba-tiba jer ne.

Aku rase mungkin die dah bengang tuh,terus die keluar dari dorm kitorang.Sekian.

BINGKISAN SEBELOM TIDO


Taufan tak ada.Apetah lagi tsunami.Tetibe jerk aku teringat satu stori time aku kat hostel dulu.Peristiwa ne berlaku tika mule-mule aku masuk hostel di sebuah sekolah.Nama sekolah ne aku pernah bagitahu dan pernah aku menceritakan dalam post sebelom ni.


AL-KisaH..

Malam pertama(sangat sensitif ayat ne,sila gunakan pada situasi yang betol sahaja) kat dorm.Lepas aktiviti kat dewan,semua orang diarahkan untuk masuk tido secara nyenyak dalam dorm masing-masing.Biasa la kalau bebudak baru,ngan muke innocent ngan childish,mane bleh lawan arahan.Kalau warden suruh lari bogel keliling rumah penolong kanan 1 sambil bawa beg sekolah pon buat jugak rasanya.

Tapi,aku tak la

Lepas lampu dipadamkan,lebeh kurang 1/2 jam pastu,tetiba ada bebudak senior ne datang sambil bawa penyapu mak cik cleaner yang disimpan kat stor dan membuka pintu dorm kitorang,DORM LAMDA 9.Ntah hape-hape la diorang ne.Tengah malam pon still nak tolong menyapu kat dorm kitorang.Memang kalau boleh nak jer aku hadiahkan award pelajar berwawasan kat diorang ne.

Asalnya memang la pelik jugak sebenarnya.Dah la masuk tak bagi salam.Mak aku pernah berpesan time kecik-kecik dulu,kalau orang tak bagi salam jangan tegur.Jadi,aku pon tegorla sekadar dalam hati

~Korang ne takde hotak ker nak sapu dorm malam-malam ne

"Keluar-keluar semua kat koridor ne.Cepat-cepat.Karang aku jadikan kacang rebus karang",kata dari salah seorang senior kitorang dengan muka yang bengis dan seakan-akan cerita cannibal bakal berlaku pada malam itu.

"korang tahu tak per kitorang nak korang buat malam ne??"

sekali lagi,engat pesan mak.Benda-benda yang tak bagi salam,tegur dalam hati sahaja.

~Ngok ko.Mane la aku tahu korang nak wat per.Dah la dah tua tapi still bongok.

"sekarang aku nak korang pumping secara kapel iaitu serentak dengan pasangan masing-masing".Sekali teringat macam kelas pendidikan jasmani time sekolah rendah plak time tuh.

Dengan semua dorm-mate aku pada malam itu,aku pon pumping la dengan pilihan pasangan aku,Palie merangkap penghuni katil di bawah aku.

Tapi aku dapat rasakan,sebenarnya aku dah salah masuk sekolah rasanya.Tak ada sifat-sifat buas dan hitler yang diserapkan dalam jiwa senior di sini.

Sekian.

TOBAT DAH..TAK MAHU LAGI

Ader la satu ketika dahulu,waktu tuh dah masuk petang sipi-sipi.memang waktu kirenye kalu camtu waktu baik r.Kalu layan pisang goreng ker kepok lekor ker bapak besh.Nak dijadikan cerite,mak aku ader r mitak beli gula kat kedai.Namer kedai yang aku nak pi ne tuh namenye Kedai Che yah.Dengan berbekalkan wave 100 aku,aku pon beransur gerak.

Aku pon stat enjin dan gerak.Selepas sampai,aku pon beli la gula tuh.Kalu tak salah, aku beli gula time tuh sebanyak 2 kilo memandangkan duit yang dibekalkan RM2.oo.Harga gula time tuh RM1.50 jerk.Sekarang tetibe plak mahal.Aku pon x paham.Selepas selesai beli gula tuh,tetibe aku mengidam nak makan pisang goreng.Last-last aku pon pi r cari gerai yang ader jual pisang goreng ne.Tak berape lame tuh,aku pon sampai.Aku pon beli r pisang goreng tuh sebanyak RM3.00.Duit aku xdek banyak pon dalam dompet.Jadi,beli setakat yang mampu jer r.

Selesai berurusniaga nagn Mak cik tuh,aku pon nak balik.Aku try start moto aku tuh.


Aku:Eh,naper tak boleh stat plak ne.Adoi

Aku cube selepas banyak kali.Aku siap ketok-ketok tempat sumbat kunci tuh dengan harapan otomatik moto aku akan hidup.Malangnya,masih sama.Aku dah makin gelabah.Eyerk r,moto aku tuh bukan r moto lame.Moto bau-bau kedai agik tuh.Tak sampai setahun agik.

Tiba-tiba,ader sorang brader ne tegor aku

Brader:wei,bakpe nok ketok moto kawe tuh??(Translate:wei,asal nak ketok moto aku??)
Aku:Eh moto mung ker??owh saloh2..Sori boh(Translate:eh moto ko ker ne??owh salah2.Sori yok..)

Dengan muke yang bengang,aku terus mencari moto aku,stat enjin dan blah camtu jerk.Bapak segan aku.Dah r time tuh ader r sorang awek cun ne merangkap anak mak cik pisang goreng ne duk senyum2 tahan gelak kat aku.Tobat pasni aku nak kemukakan cadangan kat parlimen agar diluluskan undang-undang supaya moto yang same jenis,same colour tak boleh parking sebelah menyebelah.Sekian



P/S:korang perasan x yang harga gula tuh 1 kilo RM1.50,Kalu aku beli 2 kilo maksudnye RM3.00.Mak aku bagi RM2.00.Mane logik kan.Actually,wrong typing r harga gula tuh.Ngah mamai nak tido.




..........................................................................................................................................................................

SATU HARI DI HUJUNG MINGGU

Entri ne berlaku time aku sekolah dulu-Sekolah Menengah Teknik Terengganu aka teknik airport.Kat sini la aku memule merase duk kat hostel.Time tuh aku yang dikategorikan innocent ne ditempatkan di dorm lamda 9.Dorm yang paling hujung sekali kat tingkat atas.Memang kalu korang yang penat-penat+lelah-lelah,aku sarankan tak payah lah nak gerak pi dorm aku tuh.Pastikan anda dibekalkan tenaga 4000watt dalam badan anda sebelom naik kat atas.Penat woo.

k,dalam satu hujung minggu tuh,mungkin time cuti hujung minggu kot,ntah aku pon dah tak hengat.Memory card pikiran aku aku dah lame tak update.Tuh yang macam blur-blur nak engat.Time tuh ramai dorm-mate aku ne balik r.Kalu dipikirkan,manekah logik aku tido di dorm asal aku kalu tak ramai orang.Seram siot.Jadi,malam tuh,aku gerak r tido kat dorm member aku-Beta 7.Dorm ne memang terdiri dari ahli-ahli yang gegiler.Giler kentang ah aku boleh cakap.

Time tuh dah pukul 1.Aku memang dah ngantok giler-giler sebab petang tuh aku penat men bola.sempat jugak r aku sebat 2 gol.Penat giler seh.Jadi,aku pon tido la.zzzZz..

Last-last,ntah camner,tetibe aku ader terdengar ader orang panggil aku kat sebelah katil ne.Asalnye,memang malas nak layan.Yer r,bleh plak time aku ngah layan Konsert Ramli sarip dalam mimpi,ader orang nak ganggu konsentrasi aku.Apekan dayaku,aku pon bukak la mate secara sipi-sipi.Alangkah terkejutnya aku apabila seteru sahaja aku membuka mata,aku nampak seekor lembaga berpakaian putih sambil menunjukkan lambang peace kat jarinye.

Aku time tuh kirenye hampir terjerit jugak ah.Bayangkan kalu ditempat korang r.Last-last satu dorm tuh tergelak-gelak pasai aku.cilakak punye member.Lembaga tadi telah berjaya dilakonkan seorang member aku bernama bidin.Tapi yang aku respect ngan dier ne,mane r dier rembat gincu wane merah kat mulut die tuh.Bangkai giler.



P/S:biler lagi nak mimpi Ramli Sarip??

SATU..DUA..BAEK TUAN!!

Tuk kali ini,aku akan bukak stori pasal kawad memandangkan sekarang aku pon join kawad untuk TEMASYA OLAHRAGA USM.

Kawad ne sebenarnya bukan la orang kata first time r bagi aku.Dulu time aku sekolah bak kata orang, time membawa title "budak-budak hingusan"-padahal takder r kuar hingus tuh..camner r diorang dapat reka pepatah tuh..Haram betoi r diorang.Macam cibai.Kembali cerita tadi..Dulu memang tiap-tiap tahun aku akan join kawad ne.Dari form 1 agik.Maksudnya kalau korang calculate sendiri kalu aku join tiap-tiap tahun sampai form 5 bersamaan 5 tahun aku join bersamaan E=MC2 bersamaan 3000 kelajuan cahaya.Kiranya memang dah boleh dipanggil Otai Kawad r aku ne.Bapak ah.Giler power aku ne.Tapi maapla,aku terpaksa menipu korang.Aku xdek r power,tapi just kalu nak folow on call tuh boleh r.huhu.Jadi sebelom korang percaye,baek aku berterus terang.

Okey,Kawad ne bagi sesetengah orang memang kirenye aktiviti yang x macho r .Ne pandangan seorang member aku yang aku telah interbiew mengenai kawad ne.Beliau yang berkata,kawad ne dah x seswai untuk aktiviti orang dewasa macam kiter ne.Cett...Blah r ko..KO tuh dewasa la plak..Macam kartun jerk aku tengok.Belagak ko.Siot jerk.Pada pendapat aku,kenapa plak nak jadikan aktiviti ne memang dah dikhaskan untuk student sekolah.Kolot betoi pemikiran orang yang berfikir camtu.Aku xnampak plak yang berkawad ne buat sarkis kat tengah-tengah padang kawad tuh.

Tapi sebenarnye ader jugak kawad ne buat aku sebenarnya xmo join.Cam sekarang ne.Aku ader r join team Desasiswa Restu(salah sebuah hostel di USM) untuk Temasya Olahraga ne.Mule-mule aku anggap bese r.Tapi last-last time kawad formasi ne,ader plak diorang selit 'go..go restu' sambil tangan terbukak cam bunge.Adoi.Segan giler aku.Serius beb.Tapi memang terpaksa join coz untuk mendapat unit desa bagi membolehkan aku dapat tempat lam hostel.Karang kalu aku tak sumbang pepe,mampos aku kene duduk kat luar.Dah r bayaran sebulan umah-umah sini RM1ooo++..Mahu tak aku karang makan megi jerk satu sem.Botak leukimia aku karang.Karang ader mak tak ngaku anak karang.Payah-payah.Tapi last-last memang terpaksa r.Nasib r ko badai.

Tapi pepe aku mengharapkan yang terbaek untuk esok.Esok dah lawan.iDop restu.Yang ader dekat ngan USM ne,mari ler..







KESAN LEUKIMIA






P/S:aku x mahu jadi botak leukimia

PENCHERITAAN BERMULA

Dengan ini Beta, Henchik ikAng merasmikan blog Beta yang pertama di sini. Oleh itu, hari ini Beta akan belanja kamu semua Roti Canai Kosong 2 keping tiap sorang.Terima KAsih..



Kompang..kompang..ewah..







P/S: Mane nak rembat duit ne.Mampos-mampos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...